Assalammualaikum/hi...
Menghabiskan masa sebulan di Seremban, Aida dapat banyak pengalaman baru yang tidak ternilai. Kalau sebelum ni, setiap hari Khamis, Aida ada tugasan di Taman Tasik, sekarang ni pula, Aida ada tugas baru pada setiap minggu ke-4. Aida perlu membawa warga emas berkelah di mana-mana kawasan yang sesuai. Pemilihan peserta dibuat oleh Pembantu Kebajikan Masyarakat.
Untuk Bulan Januari, Aida pilih Hutan Rekreasi Ulu Bendul, Kuala Pilah. Semua persiapan perlu disediakan dengan lengkap terutamanya hala-hal yang berkaitan dengan warga emas. Percaya atau tidak, dari pakaian dalam hingga ke pemilihan kasut, Aida perlu tentukan dan siapkan. ok lah tu, pengalaman baru.
Sepanjang masa berkelah Aida tidak menghadapi sebarang masalah. Macam-macam perangai yang ditunjukkan perlu dikendalikan dengan S.A.B.A.R. Satu perkara yang Aida suka untuk kongsikan di sini adalah tentang pandangan individu. Iya, tidak dinafikan, semua orang tidak sama. Salah seorang daripada warga emas yang menyertai aktiviti Aida berusia 77 tahun. Bayangkan keadaan warga emas ini, Aida tak sampai hati nak biarkan beliau terus menyusuri jalan yang banyak akar pokok. Entah macamana, Aida tolong dukung warga emas ni. Beberapa pegawai eskot berpendapat Aida melakukan sesuatu yang menjijikkan. Mendukung warga emas yang berlainan bangsa serta mempunyai penyakit kulit.
AIda menerima mereka ini tanpa syarat seperti yang dinyatakan oleh Uncle Carl Rogers..unconditional positive regards.Mengapa perlu menghina keadaan fizikal? Aida tak dapat terima status dan jawatan yang menjadi alasan. Aida mungkin bernasib baik hari ni, Aida mungkin berjawatan tinggi hari ini, Aida juga mungkin sihat hari ini tapi hari esok, tiada siapa pun tahu apa akan berlaku hari esok. Apa salahnya membantu. Jawapan ringkas yang Aida boleh jawab. Bukan nak menyatakan diri Aida baik dari orang lain, cuma sekadar berkongsi pengalaman.
~ Setiap peristiwa yang dialami, akan mematangkan fikiran~
erm
ReplyDeletebtol la pepatah mlyu dicipta b'dasrkn pemikiran kreatif