Tuesday 18 February 2014

:: Calling From Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam ::

Senyum tak perlu kata apa-apa. Senyum!

Alhamdulillah.Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur atas semua nikmat Allah.

17 Feb 2014 jadi sisipan sejarah dalam perkhidmatan saya dengan kerajaan Malaysia. Lihat pada tajuk - ini bermaksud saya terpilih untuk closed up bersama YBHg Tan Sri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Gembira tak terkata sebab rezeki ini datang pada usia perkidmatan hanya 3 tahun 8 bulan.

Segala amanat dan harapan sedang saya usahakan. Bertemu kembali dengan kawan - kawan pelbagai bidang kerjaya.

Wednesday 12 February 2014

:: New Knowledge..bacalah ::

Pernah tak dengar course cyber forensic? Jujur, saya tak pernah dengar dan tahu. Saya cuma tahu, sejak adanya laman sosial yang pelbagai pilihan, penipuan cyber semakin menjadi-jadi.

Imbas balik silibus mata pelajaran SPM yang saya ambil, iaitu Teknologi Kejuteraan ada menghuraikan kesan teknologi kepada masyarakat antaranya jenayah cyber dan jenayah dunia tanpa batasan. Entah kenapa, dua perkara ni memang tersimpan kukuh dalam memori saya.

Bulan ni, ada 5 orang trainee dari bidang yang saya nyatakan tak pernah dengar dan tahu. So, saya selaku officer yang bertanggungjawab menyelia trainee di department ni, beramah mesra lah setiap hari memahami dunia mereka. Mereka hanya datang di department saya selama 1 minggu sahaja.

Nak dijadikan cerita, dalam tempoh seminggu tu macam-macam berlaku. Salah seorang daripada mereka diserang oleh keluarga rakan sekolej. Saya juga tempias diserang. Ish..jadi parents biarlah tak kaya, asalkan berakhlak baik. Sedih sekejap. Saya guna pendekatan bermesyuarah untuk selesaikan isu mereka. Dah macam emak beranak empat lagaknya. Inilah jolokan kawan-kawan sepejabat bagi selepas isu ini berlaku. Duduk dalam bulatan, berbincang secara bijak. Sentuhan fizikal adalah dilarang sama sekali kecuali bersalaman di akhirnya.

Mereka masih muda dan masih mencari arah hidup. Ya, saya pernah laluinya, dan saya tahu betapa sukarnya mengawal diri pada peringkat ini.

Alhamdulillah, isu dapat diselesaikan dengan tenang, trainee  juga gembira, parents yang menyerang juga berpuas hati. Haish...macam-macam hal!

Alhamdulillah akhirnya saya bebas daripada trainee buat masa ini. (Percayalah...trainee datang dan pergi tanpa henti...huuu)

:: Anak No 11 ::

Memperkenalkan anak no 11 saya. Alhamdulillah selamat lahir jam 8.40 pagi tadi dengan berat 3.6kg.

Tuesday 11 February 2014

:: Skim Lambat Kaya ::

Muncul lagi? Iya. Pasti.
Ke mana hilang? Entah!masih di sini.

Alhamdulillah. Syukur pada-Mu Ya Allah.
Segala puji hanya untuk-Mu.

Menyimpul azam, melerai semangat
Menyulam impian, menghitung hari

Kotak cabaran daripada bahan terbuang. 

Tahun ini saya fokuskan pada kewangan. Tahun ini banyak pengorbanan kewangan yang dah berderet menanti dalam year-to-do-list.

Fokus bermula dengan Cabaran 52 Minggu ini. Kawan-kawan di office lebih mengenali cabaran ini dengan nama Skim Lambat Kaya, Bahagia Akhirnya. Skim ni ambil masa 52 minggu untuk tempoh matang. Kenapa 52 minggu? Jawapannya: setahun ada 52 minggu. Ok, cabarannya nampak mudah. Cuma perlu istiqamah.

Ini juga merupakan cabaran menabung sendiri dan berjadual. Hanya perlu mengisi kotak ini mengikut bilangan minggu yang dilalui. Lebih mudah buat senarai kecil dan tampalkan pada luar kotak. Tandakan pada bilangan minggu mengikut jumlah wang yang dimasukkan. Contohnya minggu 1, masukkan RM 1. Minggu 18, masukkan RM 18 dan seterusnya. Boleh juga masukkan wang ikut suka contohnya ada wang baki shopping RM 24, than masukkan RM 24 dan tandakan pada ruangan minggu 24. Pada minggu ke 52 nanti iaitu berakhir 31 Disember setiap tahun, wang terkumpul sebanyak RM 1378 ada dalam simpanan. Wang itu boleh digunakan atau disimpan.

Buat ramai-ramai lagi seronok. Saling ingat mengingati. Ada juga booster untuk bersosialisasi di pejabat. Saya pelajari dari seoarang kenalan yang mampu tour europe dalam tempoh 20 hari dengan modal wang yang rendah. Beliau buat cabaran ini bersama anak-anak juga. Kotak cabaran anak yang kurang daripada jumlah sepatutnya, maka anak itu akan terkecuali dari family trip. Teruja kan? Saya lah yang lebih teruja.

Mari sama-sama mencuba. Cabar diri anda untuk istiqamah. Perancangan yang baik jika tidak dilaksanakan dengan strategi yang baik dan kesungguhan, ianya akan berakhir dengan sia-sia. Fikir-fikirkan.

Love,
Aida