Tuesday 24 November 2009

???

Dont know how to start, where to start and what to discuss.
Today, I am not motivated...:(
I need my bestfriend. Wish u are here...huhuhu
I want to sleep with my bbpedo..uhuks
I lost lots of energy...
~jangan dilayan perasaan ini~

Tuesday 10 November 2009

:: May God Bless Me ::

May God Bless me
today...tomorrow...soon...& so on
~ameen~

Thursday 22 October 2009

~ Come Back ~

Hi all ;)
Finally, i decided muncul kembali di sini.
Last entry, Aida kongsi tentang bulan terakhir di RSK Seremban kan?
Rezeki Aida di sini, kerja dengan RSK Seremban..not as practical student lagi ~Aida dah grad :))~
Erm..sebenarnya hati tersentuh bila seseorang menghargai kehadiran Aida di RSK ni.
Guys..Pagi tadi Aida beramah mesra dengan beberapa penghuni di sini selepas conduct rehab aktiviti. One of them adalah blind woman. Aida perhatikan dia tersenyum-senyum datang dari pintu bilik mereka menuju ke arah kami.
"Aida ada kat situ kan?" tanya blind woman ni.
~Aida terkejut.Camana nenek ni tau?ak bru je duduk.Lom bercakap lagi.Baru tersengeh-sengeh kononnya peramah~
"Mano ekau tau budak Aida ni ado ni hah?Ekau ni memandai yo. Mato buto, mano nak nampak hah" sahut nenek A mengusik
Blind woman : Saya dengar tapak kaki dia datang tadi. Dia jalan pergi pondok. Dah duduk pun
dia tu.
~Subhanallah~
Blind woman tadi jalan terus menuju kepada Aida. Disentuhnya pergelangan tangan kiri dan kanan Aida sambil tersenyum. Aida diam melihat. Terharu
Blind woman : Bertuah budak Aida ni. Datang tak bagitau pun. Hah, betul la Aida ni. Tangan
kanan dia pakai jam, tangan kiri pakai gelang bijik-bijik kecik. Tapak jalan dia
saya kenal sangat. Dah merata kawasan taman ni dia pimpin saya jalan. Tangga,
bunga, burung atas pokok, kucing lalu, semua dia bagitau saya masa jalan-jalan
ari tu. Seronok dengar dia bagitau semua tu. Rasa macam dapat tegok betul-betul
~Ya Allah, Aida tak perasan pun apa yang Aida buat utk suka-suka tu jadi satu pengalaman yang indah bagi orang lain. Rasanya Aida bawa nenek ni jalan-jalan pusing RSK sebab boring duduk dalam ofis lepas habis aktiviti~
Perkara yang nak dikongsikan bukanlah kebaikan Aida tapi sebaliknya. Setiap perkara yang berlaku terhadap diri kita setiap hari perlu dihargai. Tertanya pada diri, seorang nenek yang tidak boleh melihat tahu menghargai setiap detik yang dilaluinya setiap hari, mengapa tidak kita yang memiliki sifat yang sempurna ni?
Akhir-akhir ini Aida selalu berada dalam kawasan aura tak best. Sana sini merungut, mengeluh
~Aida pun lebih kurang gak~ sedangkan diri diberi nikmat yang secukupnya. Sedarlah Aida dan kawan-kawan semua, syukuri nikmat yang diperolehi setiap hari. Subhanallah.

Tuesday 26 May 2009

~R.S.K~

Assalamualaikum/hi..
Salam ukhwah untuk semua :)
Alhamdulillah Aida dah habis internship sekaligus dah tamat 4 tahun pengajian di UNIMAS.
Bulan terakhir internship, Aida curahkan segala khidmat yang termampu untuk warga JKM.
Semoga ia bermanfaat untuk kebajikan semua.
Hari terakhir internship di Rumah Seri Kenangan Seremban, penuh warna-warni.
Menyentuh perasaan.
Teruja dengan majlis yang diadakan.
Terharu dengan Tarian Endang (Tarian Tradisi Neg 9) daripada kumpulan tari RSK S'ban.
Tak sangka my golden gang can dance..
Sorry to all warga RSK S'ban & JKM Neg 9..
Terima Kasih atas doa2 kalian

Monday 2 March 2009

~Februari~

Assalammualaikum/hi..

Alhamdulillah akhirnya Aida berkesempatan kembali ke 'dUnIaKu InDah' ini. Hari-hari yang dilallui penuh dengan pengalaman baru. Alhamdulillah, indahnya kehidupan yang dianugerahkan-Nya ini. Walaupun ada kepahitan yang terpaksa dilalui, namun semua itu menjadikan Aida semakin dewasa.Yup!Aida semakin dewasa dan akan mendewasakan diri.


Kadang-kadang terasa bosan hidup di sini tanpa kawan-kawan satu uni. (argh..windu teramat sangat pd mereka yg dihati ini).Namun Aida perlu tabahkan hati untuk menunaikan tanggungjawab di sini. Ikhlas! ya, perlu ada keikhlasan hati dalam melakukan sesuatu tugas. Teringat kata-kata Pn. Sal "Kalau hati ikhlas buat sesuatu perkara itu, InsyaAllah akan terasa mudah segala urusan". Aida setuju.


Maka, dengan sedikit keikhlasan di hati Aida mulakan langkah setiap hari. (..jujurnya aku).Semoga setiap langkah akan diberkati-Nya. Aida tak menghadapi segalanya dengan mudah di sini tapi Aida tetap positif menganggap semuanya akan dipermudahkan-Nya. Amin.

Wednesday 11 February 2009

~Tanggungjawab~

Assalammualaikum/hi...
Apa khabar sahabat2 sekalian. Alhamdulillah Aida sihat seperti biasa. Aida sekarang semakin sibuk mengatur hidup. Minggu2 awal Februari ni, Aida ada 'game'. Siang hari sibuk di pejabat, malam pula sibuk dengan 'game'. Aida kini aktif dengan badminton. Seronok..
Insya Allah selepas tamat pusingan ini, Aida akan kembali ke ruangan ini.Jumpa lagi ya
~ Amalan Gaya Hidup Sihat Baik untuk Kehidupan ~

Saturday 31 January 2009

-miting internship-



Assalamualaikum/hi...

Percaya atau tidak, Aida sangat teruja nak pergi 'miting internship' yang diadakan pada 30 Jan 2009 (Jumaat) kat MMU Cyberjaya. Hampir 2 bulan Aida & kawan-kawan Kaunseling UNIMAS tak jumpa. Dalam tempoh 2 bulan tu, dah banyak sangat 'miss text'.

Lagi lah bertambah tak sabar nak kongsi cerita dengan kawan-kawan tentang pengalaman kat organisasi masing-masing. Sehari sebelum, kami semua sibuk la kononnya hantar emel pada kawan-kawan untuk ingatkan itu ini. Bagus kan kami? Semua orang bertanggungjawab pada kawan-kawan. He..he..he..

Aida orang kedua yang tiba dekat bangunan STAD (ofis As) selepas As. Maka, secara tak langsung Aida jadi 'sign' pada kawan-kawan lain. Lepas jumpa Kak Sue, Kak Dayah, Kak Maria, Mar, Ana & Adzmil, kami masuk ke tempat yang sepatutnya.

Miting bermula jam 9 pg. Setiap kali kawan-kawan sampai, akan bertambah riuh rendah lah suasana. Semuanya berwajah ceria & gelak ketawa kawan-kawan yang dirindui tak ubah seperti suasana kelas pertama pada awal sem di UNIMAS. Nasiblah kami di Semenanjung hanya 28 orang. Sebahagian lagi kawan-kawan di Sarawak, turut mengadakan pertemuan yang sama.

Selepas perbincangan secara profesional, kami dibahagikan mengikut organisasi. Aida dalam organisasi kebajikan bersama Kak Sue, Farhana, Shiela & Fiza. Banyak pengalaman yang dapat kami kongsikan.

Waktu makan tengah hari, kami makan secara berjemaah. Terubat rindu suasana belajar di kampus. Sepanjang pertemuan ini, kami memang tidak berhenti bercerita, bertanya, serta memberi pendapat antara satu sama lain. Mama (Prof Madya Zuraidah) yang 'lead' miting ni pun dah hampir geram dengan keadaan kami. **sorry mama**

Aida, Farah & Teng (gambar) adalah pakej sahabat dari kampus lagi. Ada kawan-kawan yang cakap pakej kami kurang dua. Yup, Hazrul & Don tak ada dalam pertemuan di Semenanjung ni. Mereka berada di Sarawak. Seronoknya bila kami bertemu.

*jawapan kepada mereka yang bertanya kenapa Aida semakin comel*

1) Aida da jadi cikgu ' Rehab Morning Exercise' setiap hari

2) Aida ada aktiviti riadah setiap Khamis di kaw sekitar Seremban

3) Aida mengamalkan gaya hidup yg sihat (makanan seimbang+senaman)

Friday 30 January 2009

-Ulu Bendul-

Assalammualaikum/hi...
Menghabiskan masa sebulan di Seremban, Aida dapat banyak pengalaman baru yang tidak ternilai. Kalau sebelum ni, setiap hari Khamis, Aida ada tugasan di Taman Tasik, sekarang ni pula, Aida ada tugas baru pada setiap minggu ke-4. Aida perlu membawa warga emas berkelah di mana-mana kawasan yang sesuai. Pemilihan peserta dibuat oleh Pembantu Kebajikan Masyarakat.
Untuk Bulan Januari, Aida pilih Hutan Rekreasi Ulu Bendul, Kuala Pilah. Semua persiapan perlu disediakan dengan lengkap terutamanya hala-hal yang berkaitan dengan warga emas. Percaya atau tidak, dari pakaian dalam hingga ke pemilihan kasut, Aida perlu tentukan dan siapkan. ok lah tu, pengalaman baru.
Sepanjang masa berkelah Aida tidak menghadapi sebarang masalah. Macam-macam perangai yang ditunjukkan perlu dikendalikan dengan S.A.B.A.R. Satu perkara yang Aida suka untuk kongsikan di sini adalah tentang pandangan individu. Iya, tidak dinafikan, semua orang tidak sama. Salah seorang daripada warga emas yang menyertai aktiviti Aida berusia 77 tahun. Bayangkan keadaan warga emas ini, Aida tak sampai hati nak biarkan beliau terus menyusuri jalan yang banyak akar pokok. Entah macamana, Aida tolong dukung warga emas ni. Beberapa pegawai eskot berpendapat Aida melakukan sesuatu yang menjijikkan. Mendukung warga emas yang berlainan bangsa serta mempunyai penyakit kulit.
AIda menerima mereka ini tanpa syarat seperti yang dinyatakan oleh Uncle Carl Rogers..unconditional positive regards.Mengapa perlu menghina keadaan fizikal? Aida tak dapat terima status dan jawatan yang menjadi alasan. Aida mungkin bernasib baik hari ni, Aida mungkin berjawatan tinggi hari ini, Aida juga mungkin sihat hari ini tapi hari esok, tiada siapa pun tahu apa akan berlaku hari esok. Apa salahnya membantu. Jawapan ringkas yang Aida boleh jawab. Bukan nak menyatakan diri Aida baik dari orang lain, cuma sekadar berkongsi pengalaman.
~ Setiap peristiwa yang dialami, akan mematangkan fikiran~

Thursday 15 January 2009

-CNY fever @ RSK-

assalammualaikum/hi..

15hb

(Pagi & t/hari)
Hari ni semua warga RSK sibuk dengan event CNY.busy itu ini, semua nak sempurna pada mata menteri,wartawan,ket.pengarah & VIP lain. serabut la diaorang ni.
aida memang agak 'hangin' sebab semua klien tak nak datang sesi kaunseling!!!!!
semua temu janji tertangguh!
nasib baik la RSK ada bilik lepas geram untuk staf..hari ni aida dah berjaya membuat 300 kayuhan level 3. sekarang rasa skru lutut perlu diketatkan sebelum balik kampung jam 6 petang esok.yea!yea!yea! balik kampung!

(Petang)
Jam 4.30 petang baru nampak banyak wajah keluar dari dewan RSK dengan muka berseri-seri beserta 'angpow' di tangan.gembiralah mereka hari ini.sejuk hati tengok wajah-wajah suram bertukar seri petang ni.
jam 4.55 petang,aida dah siap sedia untuk balik,tiba-tiba dapat mesej dari bos."aida,tolong jumpa saya,tq".~huhuhu~

lepas jumpa bos,rasanya aida tinggal nyawa-nyawa ikan untuk bernafas.sebabnya petang esok bos ajak pergi sambutan hari jadi kanak-kanak di Taman Sinar Harapan, malam esok pula ada sambutan CNY di tempat yang sama. minngu depan, tolong adakan aktiviti yang sesuai untuk CNY, banyak agensi akan masuk.maka secara automatiknya lah aida jatuh dijangkiti demam CNY @ RSK ni. demi perpaduan,akan aida usahakan

~senyumlah tika kepayahan menjelma~






Wednesday 14 January 2009

-tQ so mUch-

assalammualaikum/hi...


hari ni aida terharu sangat atas pemberian seorang kawan baru
tQ so much bagi buku itu
semoga bacaan dari buku itu dapat menyumbang idea untuk aida membantu
mereka yang memerlukan

~ harga barang yang diberi tidak sama nilainya dengan kegembiraan mereka yang menerima~

Tuesday 13 January 2009

besday gurl



13hb
ari ni besday (ecah) aisyah amira,anak abang saudara kat Seremban ni

ni lah si comel yg dah genap 3 tahun. ecah ni lah penghibur hati aida kat Seremban ni, keluar pintu ofis mesti dengar suara serak bersorak panggil nama aida..hehehe terus hilang penat
si comel ni juga lah musuh aida coz aida selalu sembunyikan kelima-lima puting yang dia ada..hahaha
~indahnya kehidupan si comel~

-taman tasik Seremban-

Asslammualaikum/hi...

13hb..

Pagi tadi aida ada aktiviti luar kat Taman Tasik Seremban.
7.30 a.m dah sampai ofis(maklumlah dekat ngan umah)
sampai je depan ofis,abang azhar & 'coaster' dah sedia untuk berlepas
..aida orang paling lambat rupanya..

sebelum coaster berlepas,ada 'rawcall' utk mereka yang akan sertai rombongan cik aida ni.
1st,check staff PKM yg bertugas pagi ni & atendan yg akan assist..
2nd,make sure f00d&beverage dah pack..
3rd,'rawcall' penghuni satu persatu
1) pak cik...
2) uncle...
3) erm..
4) cepat la moi(aida la amoi tu)..
tak sempat kira sampai habis, coaster dah penuh.(hehehe)

sampai kat taman tasik seremban,ahli rombongan teruja lalu cuba meninggalkan aida
(amboi2..montang2 la den kurang expert area ni..)
tetiba suma ahli berpatah balik..nak tau kenapa?terus la baca ya :)

sebabnya ada orang awam yang sihat dan bernasib baik memandang sinis pada mereka.
oh my God,ampunkan dosa 'orang' itu..
aida faham keadaan ahli rombongan aida ni,mereka sihat tapi tak boleh berjalan tegak macam aida dan orang muda terutamanya macam 'orang' tadi tu.
tapi mereka ada hak untuk sama2 beriadah di mana2 tempat awam
dah namanya pun tempat awam kan?siapa saja berhak
sebagai orang muda,tak perlu lah kita rasa riak dengan diri kita sekarang ni
cantik,muda,sihat..semua tu tak kekal
masa tua dah pasti ada untuk semua orang.
bila,macam mana,sempat atau tidak untuk kita rasa usia tua tu semuanya ketentuan-Nya
maka,marilah kita sama2 mengingatkan diri,apa yang ada pada kita hari ni, hanya pinjaman sementara,usahlah riak dengan perkara yang sementara ni

~hormat diri untuk dihormati oleh orang lain`



Thursday 8 January 2009

'pengemis & burung'

Assalammualaikum/hi..

hari ni nak kongsi cerita tentang pengemis & burung.
bayangkan betapa mulianya hati seorang pengemis yang biasanya diherdik,
dihalau kalau meminta makanan di kedai2 makan (x semua kedai)..
bersusah payah mengutip sisa makanan daripada tempat buangan sisa makanan
untuk diberi kepada burung.

sengaja lah aida bertanya untuk apa sisa makanan tu dibawa balik,
jawapanya cukup ringkas tapi bermakna..
"burung kan hidup gak,nak makan,nak minum, tak ada orang nak bagi makan minum,
kesian kat dia, kita ada lebih, bagi lah.
kalau burung tu dah mati, tak ada orang peduli lagi."
bila difikir balik memang betul pun apa yang dikatakan.

aida terkesima sebab, si pengemis yang ada makanan sedikit pun bersusah payah nak bersedekah,
inikan pula kita yang 'berada'
betapa mulianya hati si pengemis ini

~melihat & menilai mengajar diri berfikir & terus berfikir~

5 hb..

Assalammualaikum/hi..

5hb…

‘Tunggu ke tipu?’

Hari ni banyak keje, biasa lah, 1st day sesi persekolahan 2009, ramai staf satu ofis cuti

(Pagi)
ada assembly warga RSK,(teringat assembly zaman sekolah),
mcm biasa ofis Pegawai Kebajikan Masyarakat (PKM) tak pernah sunyi dengan tetamu, (Aida tolg incharge tetamu)
antara keje kena wat; Layan kerenah warga RSK minta itu ini, PKM daerah lain datang urus kes keluar/masuk, jawab telefon (ni yg nak cerita ni)
Jawab panggilan dari HTJ, belum pun sempat sambung pada person incharge, terus kena ‘bom’ sebab lewat tuntut warga yg meninggal..(erm, actually waris si mati dah janji akan tuntut & uruskan si mati)…bla..bla..
~tertanya dalam hati, kami patut tunggu atau kami dah kena tipu?~

(T/hari)
Lepas lunch,balik ofis xde org. tiba2…
‘Cik ni nak saya tunggu sampai bila?ese da kena tipu ko, cik?..bla..bla..~blur~
Ni kes anak janji nak datang ambil si ayah bawa balik beraya kat kampung, si anak janji nak datang ari isnin tapi dah berapa kali isnin muncul, si anak x juga datang..kesian si ayah rasa penat tunggu anak, lagi sedih bila si ayah rasa ditipu.
~patut ke aida minta terus menunggu..~

Ada kes masuk
‘ Dia janji tunggu saya kat situ cik, lepas tu dia x muncul lagi…dia tu tipu..’
Ni kes kena tipu dengan si anak yang suruh si ayah datang ke Bandar, janjinya nanti si anak ambil. Si anak x datang ambil, Staf Kebajikan yang ambil..kesian si ayah!

(Petang)
Sesi kaunseling individu

Pesanan buat diri sendiri & para sahabat sekalian, elakkan diri kita buat mereka menunggu. Mereka dah banyak menunggu..waktu kelahiran kita dulu, waktu kita jumpa doktor kecik2 dulu, tunggu kita bagitau result exam lg…banyak masa mereka kita dah habiskan dengan “tunggu”…sekadar renungan bersama..

~letih memikirkan perkataan tunggu & tipu yg signifikan dengan semua kejadian hari ni~

Sunday 4 January 2009

Marziana oh Marziana

Assalammualaikum/hi..
hari ni bestday kawan yang duduk sebelah aida masa lower & upper 6.
macamana nak wish ek?
aida dengan marziana dah lost contact.
latest yang aida tau, marziana sekarang ni masih lagi belajar kat UIAM
aida hutang birthday party dgn marziana ni
<"bila la agaknya ak dapat bayar hutang kat ko, topo?">
~setiap pertemuan pasti ada perpisahan~

bEsdaY en aMir


Assalammualikum/hi...


Semalam besday en. aMiR ke-6,
aida lambat wish sbb hadiah dah bagi,
en. aMiR merajuk..huhu
kesian en. aMir..

(Dalam hati)

eleh..kena puji "abang ni makin handsome lah..
automatik reseptor merajuk dia jadi kebas


en aMiR semakin 'macho',
semakin bijak menyusun kata-kata
&
paling penting semakin rajin.
~luv & hug dr ucu~


Saturday 3 January 2009

3hb..

Assalammualaikum/hi..

3hb

(Pagi)
Kat mane pun aida, perasaan bosan ni tetap wujud bila tiba hari yang dinamakan SABTU
Jalan2 kat bandar Seremban..argh!!!Kuching lg best.Rindunya kat Kuching...
Beli majalah,n/paper....
balik ah

(T/hari)
surfing......
=>mata xnak bg kerjasama utk tido

(Petang)
surfing lg....

(Malam)
malas pk
jiran depan umah ajak tgk bola piala Sumbangsih
lalalala
xtvt 18 SG

zzzz...

2hb...

Assalammualaikum/hi..

2hb..

(Pagi)
Senyum seindah suria...
Lapor diri pada hari pertama internship
Jmpa Bos-CC-Head of PKM-Fisioterapis-Staffnurse
ikuti bacaan yasin & tahlil utk penghuni2 RSK yg telah meninggal
=>xtvt setiap pagi jumaat

(T/hari)
Balik tido
zzzzzzzzz...

(Petang)
Perbincangan ringkas dgn fisioterapis tentang xtvt bersama
1st sesi indv (kelam kabut)
pembebasan kes sementara-PKM Klang
wat exercise dlm gym (kononnya exercise la,main je lebih)
penatttttttttttttt

(Malam)
zzzz....lupa diner

1hb

Assalammualaikum, hi..

1hb..

"Bangun!Bangun!Bangun la ucu..",(hahaha) 1st phrase di pagi yang indah ini.
Suara siapa tu ek?owh en.amir rupanya.
Dalam hati...Lelaki ini cuba menunjukkan betapa beliau seorang yang bertanggungjawab utk kejutkan semua org termasuklah aida yg baru nak tido...

(Pagi)
Hari ni aida kat KL,apa ek nak wat ari ni?pindah umah la!ala..ptg nnt lah.
Jalan2 dulu lah kat KL ni,nak g Sunway Piramid.

(T/hari)
Balik umah Uda lepas semua dah puas meletihkan kaki
Kalah game dengan en. Amir..huhuhu

(Petang)
Pindah ke Kuarters SUK Seremban.

(Malam)
Masuk umah baru..alamak hijaunya
kemas barang ,iron baju,berangan tentang hari esok
-esok akan bermulanya dunia internship seorang kaunselor pelatih di Rumah Seri Kenangan Seremban-
zzzz...




-2009-

Assalammualaikum
Salam Maal Hijrah 1430-1431
Selamat Tahun Baru 2009
~ May GOD Bless You ~