Thursday, 15 January 2009

-CNY fever @ RSK-

assalammualaikum/hi..

15hb

(Pagi & t/hari)
Hari ni semua warga RSK sibuk dengan event CNY.busy itu ini, semua nak sempurna pada mata menteri,wartawan,ket.pengarah & VIP lain. serabut la diaorang ni.
aida memang agak 'hangin' sebab semua klien tak nak datang sesi kaunseling!!!!!
semua temu janji tertangguh!
nasib baik la RSK ada bilik lepas geram untuk staf..hari ni aida dah berjaya membuat 300 kayuhan level 3. sekarang rasa skru lutut perlu diketatkan sebelum balik kampung jam 6 petang esok.yea!yea!yea! balik kampung!

(Petang)
Jam 4.30 petang baru nampak banyak wajah keluar dari dewan RSK dengan muka berseri-seri beserta 'angpow' di tangan.gembiralah mereka hari ini.sejuk hati tengok wajah-wajah suram bertukar seri petang ni.
jam 4.55 petang,aida dah siap sedia untuk balik,tiba-tiba dapat mesej dari bos."aida,tolong jumpa saya,tq".~huhuhu~

lepas jumpa bos,rasanya aida tinggal nyawa-nyawa ikan untuk bernafas.sebabnya petang esok bos ajak pergi sambutan hari jadi kanak-kanak di Taman Sinar Harapan, malam esok pula ada sambutan CNY di tempat yang sama. minngu depan, tolong adakan aktiviti yang sesuai untuk CNY, banyak agensi akan masuk.maka secara automatiknya lah aida jatuh dijangkiti demam CNY @ RSK ni. demi perpaduan,akan aida usahakan

~senyumlah tika kepayahan menjelma~






2 comments:

  1. aloh aloh aloh...ciannye die byk keje.. oklah tu aida. buat amal banyak-banyak dapat pahala tau.. lagi2 aida menggembirakan hati orang2 tua kat sane...hehehe

    ReplyDelete
  2. insyallah.
    'Bersatu untuk kebajikan'
    aida perlu bergembira bersama mereka

    ReplyDelete