Tuesday 26 March 2013

:: Kali Pertama ->Selamat Berkhidmat - Tahun Ke-3 ::

Assalamualaikum

Alhamdulillah . Alhamdulillah . Alhamdulillah


Bersama penerima pingat dan sijil Penghargaan Sambutan Hari Polis ke 206. Nasib tahu step kawad, hasil 'dilanyak' selama 2 minggu awal perkhidmatan ;)   
 25 Mac 2013.

Terpilih sebagai penerima Sijil Penghargaan Peringatan Hari Polis ke-206. Saya dah bersama warga PDRM ni selama 3 tahun, tapi ini adalah kali pertama berkesempatan meraikan bersama-sama mereka.

Penghargaan ini adalah penghargaan kedua yang saya terima dalam tempoh kurang 6 bulan.

Syukur pada-Mu Ya Allah, walau kerap tercalar hati dipertikai kerja yang dibuat, rupanya ramai lagi yang menghargai usaha kerdil memartabatkan modal insan di Kontinjen Melaka.  

' Individu yang hebat adalah individu yang bangkit setelah dipijak-pijak dengan hebat ' - Aida, 2010

Tuesday 19 March 2013

:: Meraikan Sahabat ::

Inilah housemate on-off di Melaka ni ; Mar sangat cantik

Bersama pasangan Mar & Marsha. Seorang di darat, seorang di laut. Moga kekal bahagia sampai Syurga


Sorry Mar, baju yang mengikut tema majlis, x sempat ambil dari taylor. Almaklumlah, singgah mendarat di bumi Melaka demi majlis istimewa ini.

Monday 18 March 2013

:: Moga KeKal Sampai Syurga ::

Alhamdulillah. Tahniah housemate on-off. Majlis yang dirancang telah selamat dilaksanakan. Maaf kerana hadir on-off jugak. Maaf juga tak dapat hadir bersama insan yang diharapkan. Demi negara, segalanya perlu diutamakan. Maaf juga sebab tak pakai baju mengikut warna tema.

Moga kekal kasih sayang kalian sampai Syurga. Jarak yang memisahkan adalah pengikat kasih sayang, Insya-Allah.

Tuesday 12 March 2013

:: Ayyooo Tak Tau... ::

Sujud Syukur pada-Mu Ya Rabb.

Eh, kenapa dah lama tak update entry? jawapannya sangat mudah 'Kurang komitmen'. :) Semakin hari semakin sikit ruang usia untuk menumpang hidup di dunia ini. Makanya, semakin banyak jugak lah perancangan yang nak dilakukan dan dilakukan. Moga Allah Permudahkan semua urusan saya, dia, mereka dan semua ;)

Dalam perjalanan di bumi ini, banyak yang saya belajar dan tersedar serta patut sedar. Pernah cakap 'tak', sekarang dah jadi 'ya'. Pernah cakap 'menyampah' sekarang dah jadi 'suka'. Ayyooo Tak Tau !

Allah Ya Allah, mohon hidayah-Mu, mohon redha-Mu, mohon pertolongan-Mu, mohon kasih sayang-Mu yang berpanjangan.
Terasa diri sangat kerdil tanpa kasih sayang-Mu Ya Allah