Tuesday 9 October 2012

:: Kerana Kamu ::

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Pada usia 62 tahun, emak saya masih boleh diajak ketawa, bersuka ria, tapi tidak bersedih. Nanti sedihnya over dari orang lain. Silap-silap masuk stage susah hati.


Menyusuri Sungai Melaka @ Kampung Mortem, Banda Hilir Melaka


Rasanya dah lama kami bertiga tidak bergambar sama. Hari Raya lepas pun tak sempat bergambar banyak. Ini gambar Si Jelita Untuk Arwah Abah yang latest Sabtu lepas, program keluarga yang x dirancang. Di tengah itu, kesayangan saya dunia akhirat. Yang ber-blouse putih itu, satu-satunya kakak saya. Itulah kesayangan saya yang boleh dibuli sesuka hati. Saya dan kakak memang tidak serupa. Selalu disangka kawan atau ipar. HeHeHe. Saya ni lebih kepada keluarga emak yang ada mix dengan Malbari. Tapi Emak saya berkulit putih sebab Arwah Ayah beliau berketurunan Cina. Keturunan Emak saya rasa agak kompleks kerana terlalu banyak perkahwinan campur. Hasilnya, ramai di kalangan kami berkulit Cina, berwajah Malbari. :) Kakak adalah acuan keluarga sebelah Arwah Abah. Jadi, Kakak akan dilayan istimewa kalau berkumpul dengan keluarga Arwah Abah berbanding saya ( padahal saya jarang sertai keluarga Abah sebenarnya dek kerana tuntutan belajar dan bekerja, Hehe). Saya pula akan glamour bila berada dalam kalangan keluarga Emak. WaHaHa. 

Emak saya memang suka datang Melaka. Saya sangat berbesar hati sebab Emak masih mampu turun naik tangga di rumah saya yang berada di Tingkat 2 ni. Alhamdulillah, syukur Ya Allah. Keputusan untuk duduk sendiri tanpa housemate adalah kerana Emak dan keluarga selalu datang berziarah. Melaka ni segalanya ada kata Emak, jadi adik beradik lain yang bukan menetap di Melaka memang tak boleh complaint kalau rumah mereka Emak saya tak sudi. HaHaHa.

Kerana Kamu....segalanya kerana kamu...wahai Emak :)


Saturday 6 October 2012

:: Terharu ::

" Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara "

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Terharu ada kawan yang kadang-kadang menyusahkan
Terharu ada kawan yang kadang-kadang melucukan
Terharu ada kawan yang kadang-kadang tak logik segala permintaan
Terharu ada kawan yang kadang-kadang menyenangkan
Terharu ada kawan yang kadang-kadang mendebarkan
Terharu ada kawan yang kadang-kadang menyakitkan
Terharu ada kawan yang kadang-kadang terlalu prihatin
Terharu ada kawan yang kadang-kadang membahagiakan

Terima kasih Ya Allah, kau hantar seorang kawan yang sentiasa mengingatkan itu dan ini.
Alhamdulillah, kesihatan semakin baik. Badan yang diamanahkan jangan dizalimi. Berikan rehat secukupnya. Jaga segalanya. Sakit kali ni sakit berhikmah. Dalam sakit, saya belajar banyak perkara baru, antaranya usah menzalimi diri sendiri, usah ditangguh rawatan di hospital, dan paling berharga, kasih sayang Allah memang tidak pernah putus untuk hamba-Nya. Terasa kerdil dan semakin kerdil. Allah Ya Allah. Allah hantarkan kasih sayang-Nya dari pelbagai cara, antara sedar dan tidak.

Saya keterharuan bila dapat tahu nombor telefon saya dihafal oleh seorang kawan. For me, itu satu penghargaan dalam persahabatan. Saya hanya hafal nombor telefon ahli keluarga, no telefon pejabat, dan x-roomate, Farah. Semua nombor mereka yang dekat di hati sahaja. Telefon kawan ni rosak, jadi dia hubungi saya untuk bagitahu yang dia susah untuk dihubungi. Dia ada bagi no telefon saya pada parents dia in case ada kecemasan sebab saya tahu macamana nak hubungi dia. All his contact number dalam telefon terkubur bersama kerosakkan telefon.
"I lost all contact number. I just remember no telefon my mom, my dad, my adik, and you (saya). Nombor telefon awek sendiri pun tak ingat. HeHeHe.....boleh tolong mesej nombor telefon awek I? "
Tanpa bertanya, saya dah dengar alasan " I hafal number you since i got it.....

See, I got special edition friend yang macam dia ni. Inilah satu-satunya kawan yang selalu menuntut kesabaran yang tinggi. Pernah saya text dia ajak kawen lari on his birthday dan jawapannya 'Okeh, jom, tapi x kawen lari la. Ikut prosedur, hukum dan cara Melayu kita'. Terpaksa text balik 'twit..twit..acah mak enon'..HaHaHa. Sila tanya dia siapa saya. Dia akan describe yang baik-baik aja even segala perangai buruk selalu terlepas laku depan dia. :) Memang kawan special edition, kan? :)) 


p/s : Dia selalu minta saya carikan isteri untuk dia. 'Siapa nak kawen dengan lelaki baik dan boleh dipaksa menjadi lebih baik, sila hubungi xxxxxx, calonkan diri sendiri untuk dipertimbangkan. HaHaHa, Bro, I doakan you will get isteri dunia akhirat, Insya-Allah. :)



Thursday 4 October 2012

:: Suntikan Sakit ::

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Bernafas lagi sehari..

Erm...
Selagi boleh mencipta helah, selagi itu menyusun alasan. Itulah saya, bila disebut tentang sakit dan ubat. :) Hari ni saya kalah. Serah diri di klinik Dr Piang. Diberi Injection cegah jangkitan kuman. Sakit tau. Saya memang cuak teramat sangat dengan jarum suntikan. Dr Piang pulak keluarkan jarum depan mata. HuHuHu. Longlai seluruh badan. Sakit injection masih terasa sampai malam ni. HuHuHu. Harap-harap cepat recover. Dalam hati ' Tak nak kawan Dr Piang lagi ! '..

Petang tadi, officemate buat revision untuk tazkirah esok. Orang yang sakit sunat mengaku sakit ! Allah ya Allah. Saya selalu menafikan situasi ini. Ingatannya lagi, jangan kejam dengan badan sendiri, kerana badan kita adalah amanah Allah. Perlu dijaga, perlu diperlihara. Ya Allah, ampunkan dosa hamba-Mu yang jahil ini.





Tuesday 2 October 2012

:: :( ::

Allah Ya Allah

Saya sangat terseksa menghadapi hari-hari yang sibuk dengan selsema+minyak angin
Ini latest kecederaan yang paling teruk. Kalau sebelum ni cuma berubah suara aja, tapi kali ni, mukus mengalir deras bagaikan empangan pecah. Tisu sudah berkotak-kotak. Temujanji klien terpaksa ditunda. Kesian saya.

Paling terseksa, badan menuntut rehat, apakan daya kerja yang ada perlu disegerakan. Klinik pun x sempat nak pergi. Maaf wahai badan, saya terpaksa menyeksa kamu kali ni. Menghadap bos dengan suhu bilik tahap beku buat saya makin terseksa. Oh Boss ! kulit apakah kamu ini? Huh. Currently, saya memang terpaksa menghadap bos yang sangat rigid yang over. Kalau x sakit macam ni, i dont care how rigid he are. But time sakit macam ni, oh my... rasa nak nanges bila tengah hari.

Tengah hari semalam saya makan pil selsema dari klinik pujaan sepanjang hidup di  Melaka ni and than...you know what happen to me?? Huhu, tersungkur di meja bos. Giler ! Bos terkejut, saya pun terkejut. After release surat untuk LO program ( alhamdulillah finally, merata negeri, akhirnya bos setuju dengan Negeri Johor sebagai pilihan...memang sangat lega ), saya terus menuju ke bilik kaunseling yang akan jadi tempat saya recharge energy kala tenat begini. Sedar-sedar azan Asar berkumandang. Allah Ya Allah

Ya Allah, moga keadaan ini menjadi kafarah bagiku. Saya jadi terlalu sensitif. Ada rasa tak mahu bertolak ansur dengan rakan-rakan sepejabat. Dek kerana tak mahu berbalah, saya pilih untuk mengasingkan diri dari rakan-rakan lain. Mengaji pagi hanya di bilik sendiri. Lunch hour dihabiskan dengan baca novel politik. Memang memencilkan diri. Semua urusan hanya melalui telefon. Pembantu-pembantu saya pun jadi takut untuk masuk ke bilik saya yang selama ni mengamalkan 'dasar buka pintu' tu.

Saya sedang berusaha mengawal diri dan emosi agar tidak tempang kerana gangguan kesihatan. Allah, berilah sedikit lagi kekuatan untuk aku menghabiskan hari kerja minggu ini.