Tuesday 26 June 2012

:: Ikut Suami ::

Alhamdulillah, berpeluang menikmati udara bumi kasih sayang emak abah 30 tahun yg lepas. Di sini lah kasih sayang mereka segar mekar dipupuk.

Insya-Allah, saya juga akan berhijrah seperti emak untuk berada di samping suami jika ditakdirkan begitu.

Bila dan di mana? Saya x pasti
Sekian...


#esok akan ke Perlis,so marilah tidur awal#

Thursday 21 June 2012

:: Sya'ban ::

Dimulakan dengan Bismillah..

Sekarang dah Sya'ban. Pantasnya masa berlalu. Sya'ban bulan untuk berusaha melipatgandakan amal. Insya-Allah. Ya Allah, aku mohon kesihatan dan kekuatan jiwa untuk terus beribadat kepada-Mu.

3 Sya'ban merupakan hari ulangtahun kelahiran saye ke dunia ini. Manakala 8 Sya'ban, 4 tahun yang lepas, merupakan hari terakhir saye melihat wajah lelaki kesayangan saye. Abah .

Ya Allah, dah bergenang kolam mata nak teruskan entry ni....

Bila Sya'ban datang, segalanya terasa masih segar dalam ingatan. Terkenang peristiwa dapat panggilan sebelum Subuh, terasa terhenti segala urusan di dunia bila tahu tempat berteduh kasih, sumber kekuatan yang mentarbiyahkan diri setiap hari, inspirasi di talian yang tak pernah jemu dengar cerita saye di Bumi Kenyalang ketika itu, dah kembali kepada kekasih yang hakiki. Allah, berat ujian-Mu mase tu.

Abah ; im listing all the things that i want you to know (if u can but sure u can't) tonite.
But than, end up dengan nanges. Apa la...

Al-fatihah Abah. Insya-Allah akan ade doa untuk Abah walau sibuk camana sekalipun. Moga roh Abah tenang dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

# the hardest thing during my talk is standing depan officer bakal bersara. Abah will cross in my mind. Selalu stuck tiba2, pastu pura2 tanya, 'xde air ke utk saye? huhu. #

Monday 18 June 2012

:: Geng Wiken ::

Alhamdulillah. Minggu baru, tugas baru, niat baru, matlamat baru... segalanya diperbaharui demi memperbaiki diri. Insya-Allah

Rutin mingguan wajib dipenuhi. Selepas habis waktu kerja, exit tol Ayer Keroh dah berlapang dada menunggu touch n go saye. Hahaha. Ini janji saye pada diri sendiri. Tak mampu nak balas segala jasa dan pengorbanan emak & abah untuk saye menikmati hari-hari indah begini. Insya-Allah, setiap minggu saye akan cari pahala melihat wajah emak. Huhuhu. Syahdu...

Adam, Aleesya, Irfan, penghibur hati emak setiap hujung minggu

Aleesya cium adik die sambil cakap ' ermm, ngi..pan'

Boleh harap utk protect Irfan dari Aleesya yang ganas

Habis tenaga

Tahan ngantok


Irfan - ahli baru Geng Wiken

Breakfast kat Tg Puteri bila datang my house

We love u mak. Moga Allah kurniakan kesihatan yg baik selalu
 Inilah geng wiken saye setakat ini.

 #sakit2 badan kene gusti dengan Adam masih terasa. Akibat pura2 jadi hantu untuk ajak Adam tido awal. Huhuhu#

Thursday 14 June 2012

:: Waris ::

Alhamdulillah. Cuti sekolah MidYear Break dah pun berakhir.

Seronok ! hari-hari call mak dengar die update cerita tentang keletah cucu yang dibawa pulang secara ekslusif untuk mak. Jumaat kedua cuti sekolah (1 Jun), saye crazy drove to Putrajaya masa lunch break. Walau agak lewat dari perancangan, saye gigihkan juga coz, Haziq & Damia dah excited packing,dan juga; Ude dah halfday untuk urusan passing his kids to me. Lagi 30 minit nak break, boleh pulak student practical datang merayu nak interview. Huhu. Dalam masa 30 minit dengan student tu,sempat lagi membebel pasal attire. Bukannya mencari salah, tapi the way she dress up memang boleh jadi best reason, why other organization rejected her. Eh, terpesong tujuan entry. Hehe

Bawak kete laju2, sampai PICC (Ude keje kat sini) ambil beg Haziq & Damia, salam Ude,terus balik Melaka. Masuk ofis, review report, sharp 5 o'clock straightly drove to Labis. Haziq keep asking 'jauh lagi ke nak sampai umah nenek?' Dan tentu jawapan berlagak adalah ( 5 kali pejam celik mata, kita sampai la..-hohoho. jawapan menipu)

Diringkaskan entry, aktiviti para waris dipenuhi dengan makan-jalan2-makan sahaja. Haziq boleh request apa sahaja yang dia nak makan. Sehinggalah terbit idea makan di halaman rumah.


muka teruja camping tengah laman umah nenek

Adam Mukhriz

Abang Amir Haziq,  Si Sulung pujaan famili

Hasil BBQ Abang Haziq

Hasil BBQ Adam

Seminggu di rumah nenek, seluruh kampung tahu keberadaan mereka. Al maklumlah riuh rendah bunyi suara gaduh, nangis, suara jerit pekik Mak Ngah jadi pengadil lagi...kesimpulannya, jiran-jiran pun sama gembira dengan mereka ni. Emak yang selalunya letih lepas balik hemodialisis, jadi cergas, ceria dan sangat aktif seminggu. Alhamdulillah, nikmat kesihatan fizikal dan perasaan masih boleh dinikmati dengan izin-Nya.

Insya-Allah, cuti sekolah seterusnya akan ada lagi aktiviti menarik untuk waris sekalian.

Tuesday 12 June 2012

:: Doa Ketika Sedih ::

Ya Allah,

Tidak ada keMUDAHan kecuali apa yang Engkau jadikan MUDAH
Dan Engkau membuat kesedihan itu MUDAH,
Jika Engkau jadikan ia MUDAH..


# hidup ini singkat, jadi..ayuh manfaatkan #

Friday 8 June 2012

:: Nikah Lagi.. ::

Alhamdulillah dan a lots of tahniah utk my ofismate Ustaz Hafiz yg baru je selamat diijabkabulkan. Tahniah! Tahniah! 6 tahun menyimpan sejuta rasa, segala cerita. Inilah yang dinyatakan,kalau dah jodoh, Insya-Allah sampai masanya.

Ustaz Hafiz nikah dengan suasana penuh meriah. 4 pasangan serentak di Masjid Bandar Baru Senawang. Mewah suara riuh rendah kanak2.

Tahniah sekali lagi dr we ol. Da tengok live tadi. Hehehe.

# My turn will coming soon. Insya-Allah #

Thursday 7 June 2012

:: 10 Tahun ::

Tahniah utk rakan seperjuangan di kelas engineering 10 tahun yg lalu. Menghadiri majlis pernikahannya juga merupakan janji kami 10 tahun yang lalu. Kini, kami berkerjaya dalam bidang yang berbeza. Beliau meneruskan minat kerja dengan objek, dan saye dengan minat bekerja dengan uniknya manusia.

Agak terkejut when she said, ' u are totally different than u, 10 years ago. The way u speak, the way u see people, all the things in u, told me...u are real counselor.' Ops. Hahaha. No komen, beb. Adakah segalanya telah dibayangi oleh kerjaya saye? I care. I just love to b a counsellor.

10 tahun adalah satu tempoh yang mendewasakan. Alhamdulillah, better than b4.

Tahniah again Haslinda Dewi Bt Arshad. My turn will b next. Insya-Allah.