Assalamualaikum/hi...
Percaya atau tidak, Aida sangat teruja nak pergi 'miting internship' yang diadakan pada 30 Jan 2009 (Jumaat) kat MMU Cyberjaya. Hampir 2 bulan Aida & kawan-kawan Kaunseling UNIMAS tak jumpa. Dalam tempoh 2 bulan tu, dah banyak sangat 'miss text'.
Lagi lah bertambah tak sabar nak kongsi cerita dengan kawan-kawan tentang pengalaman kat organisasi masing-masing. Sehari sebelum, kami semua sibuk la kononnya hantar emel pada kawan-kawan untuk ingatkan itu ini. Bagus kan kami? Semua orang bertanggungjawab pada kawan-kawan. He..he..he..
Aida orang kedua yang tiba dekat bangunan STAD (ofis As) selepas As. Maka, secara tak langsung Aida jadi 'sign' pada kawan-kawan lain. Lepas jumpa Kak Sue, Kak Dayah, Kak Maria, Mar, Ana & Adzmil, kami masuk ke tempat yang sepatutnya.
Miting bermula jam 9 pg. Setiap kali kawan-kawan sampai, akan bertambah riuh rendah lah suasana. Semuanya berwajah ceria & gelak ketawa kawan-kawan yang dirindui tak ubah seperti suasana kelas pertama pada awal sem di UNIMAS. Nasiblah kami di Semenanjung hanya 28 orang. Sebahagian lagi kawan-kawan di Sarawak, turut mengadakan pertemuan yang sama.
Selepas perbincangan secara profesional, kami dibahagikan mengikut organisasi. Aida dalam organisasi kebajikan bersama Kak Sue, Farhana, Shiela & Fiza. Banyak pengalaman yang dapat kami kongsikan.
Waktu makan tengah hari, kami makan secara berjemaah. Terubat rindu suasana belajar di kampus. Sepanjang pertemuan ini, kami memang tidak berhenti bercerita, bertanya, serta memberi pendapat antara satu sama lain. Mama (Prof Madya Zuraidah) yang 'lead' miting ni pun dah hampir geram dengan keadaan kami. **sorry mama**
Aida, Farah & Teng (gambar) adalah pakej sahabat dari kampus lagi. Ada kawan-kawan yang cakap pakej kami kurang dua. Yup, Hazrul & Don tak ada dalam pertemuan di Semenanjung ni. Mereka berada di Sarawak. Seronoknya bila kami bertemu.
*jawapan kepada mereka yang bertanya kenapa Aida semakin comel*
1) Aida da jadi cikgu ' Rehab Morning Exercise' setiap hari
2) Aida ada aktiviti riadah setiap Khamis di kaw sekitar Seremban
3) Aida mengamalkan gaya hidup yg sihat (makanan seimbang+senaman)
aida.. hari tu time meeting aku x dapat nak sembang byk2 ngan ko. tapi, dapat tengok muka ko yg comel pun dah terubat rindu di hati ni.. huhu.. hari ni aku baru dapat wat sesi kelompok aku yang 1st kat hospital. aku teringat sangat mase kita same2 wat sesi mase kat abm. rindu sangat2 time tu. aku banyak dah blajar dari ko. rindulah time tu. walaupun ade masenye tension yang teramat, tapi itu jugak mase yg terindah buat aku untuk mengenali seorang sahabat yg sangat baik ~_^. take care ya. rindu ko sangat2.
ReplyDeletephadee..i miss my life ngn kwn2 kat swk too much!!!
ReplyDeletetat y la ak say hi kat sume kwn & ko.tgk ko t'igt boys kt swk tu.
yup..time wat group kat cni pun ak akn t'ingat time kite handle group abm.even pta pun ak wat group tp xsama ngn group abm kita. ak stil simpan 'love letter' cik nora kritik kita.i mis tat time
tke cre dear