Saturday 3 January 2015

:: End of 2014 ::

Assalammualaikum

Hi 2015

3 hari sebelum berakhirnya 2014, sadis dan sungguh sadis..

29/12/2014
Pergi kerja macam biasa.
Discussion dengan my assistant tentang persediaan untuk jadi sukarelawan banjir. I got mesej from HQ untuk standby.
Perbincangan perubahan cuti 1 of my assistant yang tak dapat balik ke Pantai Timur.
Buka planner, susun jadual kerja bulan Jan 2015.
My assistant tapau nasi goreng sayur + ayam goreng.
Taking nap 1 pm sampai 1.30 pm.
Turun nak pergi ambil wudhu... bermula lah kisah sadis

--------------------------------------------------------

Berjuang menahan sakit abdomen kanan. Sebelum ni dah pergi 2 private klinik dan jawapannya adalah muscle pain..mustahil muscle pain sebab sakitnya sampai berpeluh2 menahan sakit. Tak boleh berdiri, terpaksa membongkok tahan sakit. Terkial-kial nak capai handphone atas meja. Nak capai telefon pejabat terasa sangaaaaaaaaat jauh. Telefon 1 of my assistant (i have 2 very pleasant assistant) minta carikan staf perempuan yang boleh tolong.

2 jam berjuang tahan sakit. Akhirnya air mata sakit mengalir jugak.

I asked my friend to send me nearest hospital. Dah tak boleh tahan. In case apa-apa nak jadi pun, biarlah di hospital. Bagi kunci kereta & terus ke emergency Hospital Pantai Ayer Keroh.

Pre treatment asessment, tiba-tiba doktor cakap " kita kena operate you!".

Bumi berhenti berputar

Kak Aisyah, my friend yang hantar ke hospital memang expert menguruskan hal-hal berkaitan hospital ni..laju je dia tanya nak teruskan dengan Hosp Pantai atau nak pergi GH. Keputusannya GH. Sakitnya masih mencucuk, mencengkam abdomen kanan. Doktor decided suntik pain reliever, hantar ke GH guna ambulans.

Segalanya pantas dan sedar-sedar dah sampai GH Melaka.

Melalui satu demi satu prosedur. Di pindahkan dari satu ke satu check point. Dr. Asma yang ambil kes. Doktor daripada Hosp Pantai dah siap-siap refered my kes. CT Scan, ambil darah, & urine test. Hah...part ni bermasalah sebab baru sedar, kasut aku tertinggal dekat Hosp Pantai. Pinjam selipar Kak Aisyah untuk ke tandas than Kak Aisyah pergi carikan selipar dalam kereta aku. Malangnya all heels. Kak Aisyah memang cekap menguruskan aku, tau2 dia datang balik bawa sepasang selipar Asadi ungu. Proses pemindahan aku dari Hosp Pantai ke GH pun, Kak Aisyah yang uruskan. Dia buat bayaran bil, called my sister dan semuanya. Terhutang budi dengan Kak Aisyah. Aku sempat serahkan Handbag, purse, ATM Card, No. Pin, No. Telefon Emak sebelum badan aku bertindak balas dengan ubat yang dah disuntik.

Pelik rasanya apabila sakit dah hilang, terpaksa duduk atas wheelchair dan disorong ke sana sini dalam hospital. Ada Attendant lelaki yang tolak wheelchair hantar aku ke bilik X-ray. Hampir 2 jam aku lalui semua prosedur di ruangan kecemasan. Keputusan X-Ray buat aku dihantar ke department O & G. Sekali lagi ditolak ke ruangan yang sangat asing.

Kak Aisyah yang setia dengan aku bagitahu, ini tempat ibu2 nak bersalin. Aku kena buat ultrasound untuk mengenalpasti apakah yang sedang berlaku dalam badan aku. Ok. Diminta tukar kain merah jambu untuk memudahkan urusan doktor. Berdebar Ya Allah.

Dengan kain merah jambu sambil bawa beg plastik putih berisi 1 botol air mineral, 2 bungkus roti (Kak Aisyah belikan-dia memang cekap uruskan aku) masuk jumpa doktor. Melalui prosedur ultrasound untuk pertama kali. Allah ya Allah, pesan pada diri ketepikan rasa malu.

Doktor perempuan yang baik hati tu tanya :

1 - dah kawen (ntah kali keberapa aku ulang jawab   not yet)
2 - bila last period (I cant remember exactly date. Pretty sure last month)
3 - ada buat nakal (belum lagi - terus kena cubit dengan doktor) hahaha.
4 - pernah senggugut (teenagers age je dulu)
5 - tak perasan ke ada yang tak kena dengan your tummy? (Ada. Muncit dah. Sebab gemuk)

Doktor : badan kau tak gemuk dik, perut ko buncit penyakit. Kemain besar lagi ovarian cyst kau ni.

Aku : ooooo......penyakit apa tu?

Doktor : Ovarian cyst ni ada pada semua wanita, cuma beza aktif atau tak je. Bla...bla...bla...(cakap dengan Houseman sebelah dia).

Aku : pastu nak buat apa ni?

Doktor : kita akan buat pemeriksaan lanjut, untuk kenalpasti dengan sahih either ovarian cyst atau cancer atau fibriod.

Aku : camana boleh jadi macam tu?

Doktor : bla...bla..bla...

Aku : (Sengeh2)

Doktor : Ko keje apa dik?

Aku : Psychologist

Doktor : Patutla ko ok je dengar kena operate. Kalau orang lain ni dah terkejut tak boleh terima.

Aku : (Masih sengeh2 lagi) acceptance is important. Lain2, balik nanti baru deal with it.

Doktor : Balik? Eh, x ada maknanya balik. Ko admit dik. Dok hospital semalam dua. Kita nak buat ujian darah.

Aku : means? Admit? Tido sini?

Doktor : ya sayang, bagi ic dekat nurse. Nak daftar masuk ward.

Aku senyum paling manis utk hari itu. Monolog dalam hati macam berperang, kritikal sangat ke aku ni sampai doktor bagi tido hospital?

Keluar bilik doktor call Kak Aisyah yang setia tunggu dekat luar bilik Rawatan O&3 tu bagitahu aku admit ward malam tu.

Kak Aisyah terus masuk bagitahu dia nak pergi beli barang keperluan aku. Aku tak sedar pun yang aku ni datang dari Emergency tadi, datang bawa handbag semata.

Kak Aisyah datang semula bawa air mineral 2 liter, roti 4 bungkus, berus & ubat gigi, sabun mandi, cawan plastik. Katanya cawan tu berguna nanti. Sebelum dia balik, ada few pesanan untuk aku yang pertama kali nak bermalam di hospital sebagai pesakit ni. Kak Aisyah balik dengan kereta aku, dan janjinya esok akan ada yang uruskan kereta aku. Ok kak. Mekasih sangat2.

Aku masih menunggu persediaan katil di ward katanya. Sekali lagi nurse tolak wheelchair untuk aku ke ward 3-1 Katil 28 (hari kedua baru aku tau no ward & katil semua tu. Itu pun aku tanya doktor bila bos aku mesej tanya. Hehe. Kali pertama la katakan)

Bermula lah sejarah baru dalam hidup aku. Semalaman tak boleh tidur sebab memang monitored by doktor. Pukul 1 pagi doktor lelaki berbangsa cina dalam kategori handsome datang kejut nak buat pemeriksaan. Pukul 4 pagi doktor datang lagi. Allah Ya Allah. Aku redha dengan ujian-Mu. Buat terapi SEFT untuk diri sendiri.

--------------------------------------------------------
Thanx family & friends yang datang menziarahi, yang jauh di mata tak henti2 bertanya khabar melalui whatsapp, yang direct call, yang aku reject call, yang tanya di FB, yang jadi jurucakap. Allah sayang kamu semua.

Pengajaran yang aku dapat; sila berbuat baik bila-bila saja ada ruang dan peluang kerana Allah sentiasa memerhatikan apa sahaja yang berlaku pada tiap hamba-Nya. Semalam kau tolong mudahkan urusan orang lain, hari ni Allah ganti urusan kau dipermudahkan juga. Sayang kerana Allah. InsyaAllah

Uruskan diri sendiri dan say thank you pada Kak Aisyah sebelum dia balik. SEDIH tau masuk hospita