Monday 5 November 2012

:: Demi Masa ::

Alhamdulillah, masih ada kesempatan di sini..
 
Kebelakangan ini, saya dapati pengurusan masa saya agak teruk. Setiap hari end up dengan terkejar-kejar ke sana sini. Penat. Memang penat. Terpanggil hati untuk menghayati kandungan Al-Quran yang berkaitan.
 
Surah Al-Asr merupakan surah ke 103 dalam Al-Quran. Surah yang menyatakan betapa pentingnya masa.
Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.
 
Saya mahu tergolong dalam mereka yang 'kecuali' dalam ayat ke-3 itu. Insya-Allah. Alhamdulillah, walau huru hara sekalipun perancangan masa saya setiap hari, Allah tetap kurniakan kekuatan untuk meneruskan hidup. Masya-Allah, kasih sayang Allah itu ada di mana-mana. Walau lewat menemui-Nya, kasih sayang, tetap ada. Allah Ya Allah. Ampunkan dosaku.


 

Tuesday 9 October 2012

:: Kerana Kamu ::

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Pada usia 62 tahun, emak saya masih boleh diajak ketawa, bersuka ria, tapi tidak bersedih. Nanti sedihnya over dari orang lain. Silap-silap masuk stage susah hati.


Menyusuri Sungai Melaka @ Kampung Mortem, Banda Hilir Melaka


Rasanya dah lama kami bertiga tidak bergambar sama. Hari Raya lepas pun tak sempat bergambar banyak. Ini gambar Si Jelita Untuk Arwah Abah yang latest Sabtu lepas, program keluarga yang x dirancang. Di tengah itu, kesayangan saya dunia akhirat. Yang ber-blouse putih itu, satu-satunya kakak saya. Itulah kesayangan saya yang boleh dibuli sesuka hati. Saya dan kakak memang tidak serupa. Selalu disangka kawan atau ipar. HeHeHe. Saya ni lebih kepada keluarga emak yang ada mix dengan Malbari. Tapi Emak saya berkulit putih sebab Arwah Ayah beliau berketurunan Cina. Keturunan Emak saya rasa agak kompleks kerana terlalu banyak perkahwinan campur. Hasilnya, ramai di kalangan kami berkulit Cina, berwajah Malbari. :) Kakak adalah acuan keluarga sebelah Arwah Abah. Jadi, Kakak akan dilayan istimewa kalau berkumpul dengan keluarga Arwah Abah berbanding saya ( padahal saya jarang sertai keluarga Abah sebenarnya dek kerana tuntutan belajar dan bekerja, Hehe). Saya pula akan glamour bila berada dalam kalangan keluarga Emak. WaHaHa. 

Emak saya memang suka datang Melaka. Saya sangat berbesar hati sebab Emak masih mampu turun naik tangga di rumah saya yang berada di Tingkat 2 ni. Alhamdulillah, syukur Ya Allah. Keputusan untuk duduk sendiri tanpa housemate adalah kerana Emak dan keluarga selalu datang berziarah. Melaka ni segalanya ada kata Emak, jadi adik beradik lain yang bukan menetap di Melaka memang tak boleh complaint kalau rumah mereka Emak saya tak sudi. HaHaHa.

Kerana Kamu....segalanya kerana kamu...wahai Emak :)


Saturday 6 October 2012

:: Terharu ::

" Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara "

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Terharu ada kawan yang kadang-kadang menyusahkan
Terharu ada kawan yang kadang-kadang melucukan
Terharu ada kawan yang kadang-kadang tak logik segala permintaan
Terharu ada kawan yang kadang-kadang menyenangkan
Terharu ada kawan yang kadang-kadang mendebarkan
Terharu ada kawan yang kadang-kadang menyakitkan
Terharu ada kawan yang kadang-kadang terlalu prihatin
Terharu ada kawan yang kadang-kadang membahagiakan

Terima kasih Ya Allah, kau hantar seorang kawan yang sentiasa mengingatkan itu dan ini.
Alhamdulillah, kesihatan semakin baik. Badan yang diamanahkan jangan dizalimi. Berikan rehat secukupnya. Jaga segalanya. Sakit kali ni sakit berhikmah. Dalam sakit, saya belajar banyak perkara baru, antaranya usah menzalimi diri sendiri, usah ditangguh rawatan di hospital, dan paling berharga, kasih sayang Allah memang tidak pernah putus untuk hamba-Nya. Terasa kerdil dan semakin kerdil. Allah Ya Allah. Allah hantarkan kasih sayang-Nya dari pelbagai cara, antara sedar dan tidak.

Saya keterharuan bila dapat tahu nombor telefon saya dihafal oleh seorang kawan. For me, itu satu penghargaan dalam persahabatan. Saya hanya hafal nombor telefon ahli keluarga, no telefon pejabat, dan x-roomate, Farah. Semua nombor mereka yang dekat di hati sahaja. Telefon kawan ni rosak, jadi dia hubungi saya untuk bagitahu yang dia susah untuk dihubungi. Dia ada bagi no telefon saya pada parents dia in case ada kecemasan sebab saya tahu macamana nak hubungi dia. All his contact number dalam telefon terkubur bersama kerosakkan telefon.
"I lost all contact number. I just remember no telefon my mom, my dad, my adik, and you (saya). Nombor telefon awek sendiri pun tak ingat. HeHeHe.....boleh tolong mesej nombor telefon awek I? "
Tanpa bertanya, saya dah dengar alasan " I hafal number you since i got it.....

See, I got special edition friend yang macam dia ni. Inilah satu-satunya kawan yang selalu menuntut kesabaran yang tinggi. Pernah saya text dia ajak kawen lari on his birthday dan jawapannya 'Okeh, jom, tapi x kawen lari la. Ikut prosedur, hukum dan cara Melayu kita'. Terpaksa text balik 'twit..twit..acah mak enon'..HaHaHa. Sila tanya dia siapa saya. Dia akan describe yang baik-baik aja even segala perangai buruk selalu terlepas laku depan dia. :) Memang kawan special edition, kan? :)) 


p/s : Dia selalu minta saya carikan isteri untuk dia. 'Siapa nak kawen dengan lelaki baik dan boleh dipaksa menjadi lebih baik, sila hubungi xxxxxx, calonkan diri sendiri untuk dipertimbangkan. HaHaHa, Bro, I doakan you will get isteri dunia akhirat, Insya-Allah. :)



Thursday 4 October 2012

:: Suntikan Sakit ::

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Bernafas lagi sehari..

Erm...
Selagi boleh mencipta helah, selagi itu menyusun alasan. Itulah saya, bila disebut tentang sakit dan ubat. :) Hari ni saya kalah. Serah diri di klinik Dr Piang. Diberi Injection cegah jangkitan kuman. Sakit tau. Saya memang cuak teramat sangat dengan jarum suntikan. Dr Piang pulak keluarkan jarum depan mata. HuHuHu. Longlai seluruh badan. Sakit injection masih terasa sampai malam ni. HuHuHu. Harap-harap cepat recover. Dalam hati ' Tak nak kawan Dr Piang lagi ! '..

Petang tadi, officemate buat revision untuk tazkirah esok. Orang yang sakit sunat mengaku sakit ! Allah ya Allah. Saya selalu menafikan situasi ini. Ingatannya lagi, jangan kejam dengan badan sendiri, kerana badan kita adalah amanah Allah. Perlu dijaga, perlu diperlihara. Ya Allah, ampunkan dosa hamba-Mu yang jahil ini.





Tuesday 2 October 2012

:: :( ::

Allah Ya Allah

Saya sangat terseksa menghadapi hari-hari yang sibuk dengan selsema+minyak angin
Ini latest kecederaan yang paling teruk. Kalau sebelum ni cuma berubah suara aja, tapi kali ni, mukus mengalir deras bagaikan empangan pecah. Tisu sudah berkotak-kotak. Temujanji klien terpaksa ditunda. Kesian saya.

Paling terseksa, badan menuntut rehat, apakan daya kerja yang ada perlu disegerakan. Klinik pun x sempat nak pergi. Maaf wahai badan, saya terpaksa menyeksa kamu kali ni. Menghadap bos dengan suhu bilik tahap beku buat saya makin terseksa. Oh Boss ! kulit apakah kamu ini? Huh. Currently, saya memang terpaksa menghadap bos yang sangat rigid yang over. Kalau x sakit macam ni, i dont care how rigid he are. But time sakit macam ni, oh my... rasa nak nanges bila tengah hari.

Tengah hari semalam saya makan pil selsema dari klinik pujaan sepanjang hidup di  Melaka ni and than...you know what happen to me?? Huhu, tersungkur di meja bos. Giler ! Bos terkejut, saya pun terkejut. After release surat untuk LO program ( alhamdulillah finally, merata negeri, akhirnya bos setuju dengan Negeri Johor sebagai pilihan...memang sangat lega ), saya terus menuju ke bilik kaunseling yang akan jadi tempat saya recharge energy kala tenat begini. Sedar-sedar azan Asar berkumandang. Allah Ya Allah

Ya Allah, moga keadaan ini menjadi kafarah bagiku. Saya jadi terlalu sensitif. Ada rasa tak mahu bertolak ansur dengan rakan-rakan sepejabat. Dek kerana tak mahu berbalah, saya pilih untuk mengasingkan diri dari rakan-rakan lain. Mengaji pagi hanya di bilik sendiri. Lunch hour dihabiskan dengan baca novel politik. Memang memencilkan diri. Semua urusan hanya melalui telefon. Pembantu-pembantu saya pun jadi takut untuk masuk ke bilik saya yang selama ni mengamalkan 'dasar buka pintu' tu.

Saya sedang berusaha mengawal diri dan emosi agar tidak tempang kerana gangguan kesihatan. Allah, berilah sedikit lagi kekuatan untuk aku menghabiskan hari kerja minggu ini.


Wednesday 26 September 2012

:: Reward ::

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Selesai beberapa perkara penting yang pening untuk minggu ni.

1. Buku

Buku-buku penting rujukan exam dah selamat diserahkan kepada tuan empunya badan. Buku segala undang-undang yang terguna pakai d M'sia ni ada empat buah sebagai asas.  Sempat jugak selak-selak beberapa helai muka surat, dan konklusinya.....jika kita belajar dan faham sejarah, maka kita akan patuh kepada undang-undang negara. Saya sayang Malaysia. Saya juga doakan tuan empunya buku berjaya menduduki exam yang dikatakan sangat kritikal dalam [permulaan kerjaya beliau. Tempoh 3 bulan itu singkat. Semua masa dihabiskan dalam kelas. Just imagine, he have to attend his class start from 8 o'clock till midnight. The break is only for makan time & prayer for Muslim. Superb tepu. Saya masih hutang satu buku lagi. Insya-Allah saya akan cari hujung minggu ni. Oh ya, bulan ni saya belum belanja diri saya dengan buku baru. Im looking for it this coming weekend. :)

2. Beg

Yang ini, memang agak sukar untuk direalisasikan. Dah beberapa kali keluar masuk pasar raya untuk beli beg, but I end up with..balik je lah. Daripada sales masa raya sampai lah hari ni, masih belom ada beg yang berjaya menawan hati saya. Beg yang dicari adalah beg tangan yang pelbagai guna. Im kind of beli dan bawak hanya 1 beg sahaja ke hulu ke hilir. Kalau tukar-tukar beg ni, harus ada banyak yang tertinggal dan entah apa-apa isinya. Desakan untuk replace beg yang sedia ada ada ni datangnya dari suara hati emak. Dah tahap buang katanya when she saw my working beg. I told her, if she can find beg yang murah, besar dan cantik, please belikan, nanti I bayar balik. Hahaha. Membelikan beg untuk si cerewet seperti I adalah mustahil emak akan buat. Dan...dan...yang best nya, hari ni I end up dengan beli beg besar gedabak warna merah. (x ada gambar sebab beg yg dimaksudkan masih ada dalam kereta...hehe). Harga only RM 50.20. Just nice. Nampaknya, beg baru itu akan menjadi beg doremon baru. One of my boyfriend ask me to list out apa yang wajib ada dalam handbag. Maybe die pun rimas sebab I selalu ask him, 'Kirim beli handbag, boleh?.beg tu mesti so and so..dia pun rajin la melayan dengan mms gambar handbag yg dirasakan sesuai but semua I tak nak. hahaha. Sorry U. ;)

Here, I list out apa kandungan yang ada dalam my handbag :

* Purse CR2 black color - selain duit dan kad penting, ada tumbdrive jugak
* Camera Lumix biru
* My Red Blackberry
* Si Kebal Nokia - selalu jadi hero penyambung nyawa bila lupe charge BB
* Beg make-up - not so make-up la kan kalau hanya ada compact powder, lipstik, sikat, eye-liner, roll on
                           perfume, losyen tangan and tisu basah..hehe
* Kunci kereta + Kunci rumah
* Segugus Kunci Pejabat
* Botol air Tupperware 550 ml - my fren said Im too kedekut, air pun nak angkut. Hey, I love plain water !
* Beg Duit Syiling Handmade Melaka - beli masa rombongan sekolah ke Melaka. Masa tu Darjah 5.
* Pen
* Lens Spray
* Nail Clipper - hahaha, ini memang jadi habit sejak 1st Year di Unimas lagi
* Buku Nota comel
* Working identity card - ni dah jadi macam ticket untuk mana-mana bangunan kerajaan warna biru putih
* Beg telekung yang sangat kecik - prepare siap-siap untuk last minute order kena keluar kawasan
* Keperluan kecemasan untuk wanita - selalu jadi sedekah kat kawan-kawan yang memerlukan :))
* Gula-gula
* Biskut pack kecik-kecik/kadang-kadang ada kuih jugak Ngeee
* Sebotol VCO Softgel - kat rumah selalu lupa makan , lebih senang bawak je
* Charger BB - Hahaha. yg ni selalu kena perli.. Extension wire tu x nak bawak jugak ke?
** Sebuah buku - ini ada jika perlu travel yang dihantar pemandu sahaja. heee

Hah, Kan dah cakap, handbag I tu beg doremon. Senarai di atas juga menjadi  sebab beg I selalu menjadi perhatian anak-anak saudara. :)

Sekarang dah upah myself dengan beg yang lebih besar. So mungkin kandungan akan bertambah. :))

3. JJCM

Ini adalah reward tahunan. Ya, saya perlukan cuti yang panjang. Yang pastinya, destinasi haruslah menarik dengan makanan-makanan tempatan. Terkini, saya dipengaruhi dan sering kali diracun untuk ke Kelantan. Insya-Allah akan usahakan untuk tahun ni. Siap dah buat assignment untuk kenal pasti tempat makanan-makanan yang menarik. Mizah, peracun yang konsisten promosi negeri kelahirannya. Along, peracun seribu janji, padahal dia pun menetap di Kuching. Kita tunggu apa kata pewaris-pewaris saya, ya. Mereka yang akan memutuskan destinasi JJCM yang terbaik.

Sekian, jumpa nanti

Monday 17 September 2012

:: Apa daa.. ::

Mesej d Whatsapp

L : Aida .... (waktu pagi)
P : Apa?

Silent sampai malam

L : Aida.......Aida.......Aida......
P : Apa ? Apa ? Apa ? ko dah kenapa ni

L : Aida...
P : Apppppppppppppppppppppppppppppppaaaaaaaaaaa ?

L : oit ! ko ni x romantik la
P : kene romantik ke? bluek

L : Aida...
P : 4 thn lg baru taip nama ak, boleh x?

L : Aida...ak xtau camana nk mulakan ni..
P : Mula kan apa? Mulakan dgn bismillah

L : Hahaha.. Ak dapat cuti raya thn ni ! Yeay !
P : Haip ! Alhamdulillah. Bukan Yeay !

L : Hahaha. Ok bos. Ak nak balik, nak jumpa ko
P : eh, balik jumpa mama la. Bukan jumpa ak. Jauh kot

L : Ala, ak nak jumpa ko. Tp xde transport. Tlg ak, boleh?
P : ak x nak jumpa ko. Jemu  jumpa polis !

L : Hahaha... X sabar nak jumpa ko
P : Ko kenapa? owh...ko nak pinang ak ek? x nak la. ko Polis..

L : Hahaha...ko yang soh ak jadi polis. ikut kata mama. ko refree ak. ak nak jadi cikgu je.
P : oit ! nak kufur nikmat la tu.

L : Aida....
P : zzzzzzzz

L : Aida...jom jumpa. ko amek ak kat KLIA ek. flite ak 16hb.
P : Hah? ok, jangan harap ak amek ko even dalam mimpi. sewel la ko ni. ko baru abes tugas luar kan?
     Bape ari dah x balik umah ni?

L : Hehe. aah, da 4 ari x tdo. Keje. Penat. Jom jumpa raya nanti
P : Raya ni ak nak raya kat Madagascar.

L : Aida..ak yg keje 4 ari nonstop, ko yg lagi sewel dr ak. Hahaha.
P : 5 minit lagi ak nk tdo. baik ko gtau apa yg ko nak sebenarnya ni

L : ok..ok..ok..Aida, ak nk g USS, jom teman ak.
P : ko belanja? ok set. jom. bila?

L : Hehe.. 31hb ni
P : Hah? x nak lah. ak nak pegi kenduri Eja.

L : Eja Sahak nak kawen ke? Aida..ak nak ikut.
P : .......

L : Aida...apsal ko x jawab call ak ?
P : Mak ak kol la. ko tanya lg esok je la. lepas ko bangun tdo. malas ak layan ko mlm ni. g tdo. ak nk
     tdo. nanti x bangun sahur.

L : Hahaha...Aida, ak kejut ko sahur ek. ak kat opis lg ni. nk buat slide. lepas subuh baru balik.
P : x payah la. ikut waktu sahur ko, ak rugi 1 jam waktu tdo.

L : Hahaha. ko tunggu je la.
P : Eh, jgn la. ak x suke hp bunyi waktu tdo.

L : haha...ak tau la. erm..xpelah, esok ak kol ko.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

L : Aida ..ak dah bangun ni. nk kol. bz?
P : ak kat jusco. tgh deal beli barang majlis big bos kite. nnt ak mesej.

L : ok..
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

L : Aida...berjanggut ak tggu ko ni. ari ni ak off. anytime boleh kol ko
P : Alamak. lupe. td ak jumpa guard ensem. terus lupe ko. hahaha.

L : ko buat apa tu?
P : makan

L : x puasa ke?
P : hahaha...dah free nnt ak mesej. after 5pm.

L : ok puan
P : blom puan lah

L : hehe
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

P : uit, sowi...dah free
L : kol or whatsapp?

P : yg free la
L : hehe..dah agak dah.

P : so, how?
L : Aida.. ak nk pegi USS dgn member. Ko kenal die rasanya. Ko ikut ak, boleh?

P : ikut ko? apsal plak kene ikut ko?
L : ye la..ak kan bakal suami ko..hahaha

P : *pengsan*
L : hahaha

P : *masih pengsan lagi*
L : Aida !

P : *org tengah pengsan la*
L : hahaha..Aida !

P : Siyes plzz. Ak skip majlis mlm ni demi ko. Lapo ni tau. speed makan td
L : ok..ok..eleh, tipu, ko makan slow giler. Aida, ak nk g USS. Nak tgk sendiri S'pore. Sebenarnya....]
      @#$%^**(Y%$%^&*....bla..bla..bla...

P : uit, xkan ak nk ikut ko? boring la
L : seharian je la. pegi pagi, petang balik. ak amek, anta kat umah abang ko.

P : itu bukan ke USS namanya la. x nak la. ak perlukan hiburan dunia. USS ada sume tu
L : hahaha. sejak bila hipokrit ? nak hiburan dunia konon. Kalau x ke USS, camana kita nk jumpa?

P : ko ni memang beriya nk jumpa ak ke? dah x sanggup tanggung rindu?
L : tau xpe. dah nak giler ak kat sini. haha. x kisah la, g USS ke x, yg penting kita jumpa.

P : geli je. dah macam org sewel bercinta. Ak nk g Kuantan. kita jumpa kat sana. Ak kasik ko pakej.
     jumpa ak, dapat jumpa kawan2 sekali. nak?
L : nak ! nak ! nak ! tapi ko amek ak.

P : amek kat mane? umah mama?
L :  hahaha. umah mama boleh ke?

P : nanti mama tanya ak sape, ak kene jawab ak driver pasukan la kan. kete pasukan rosak, so gune kete
     ak je la. lagipun, kete pasukan x best. kete ak je best. x yah nak kira mileage. pegi je mana suke.
L : Hahahaha. kartun la ko ni. makin x sabo nak jumpa ko. we should have long talk.

P : wah..omputeh ! suke !! ok, otomatik ak setuju jmpa ko.
L : pergh..klu tau, awal2 ak type bi. baru sket bi, ko dah cair.

P : bluek !
L : Aida, flite ak 16hb Kuch-KL-Ktn. Nanti ak amek flite balik Ktn-KL. ko tlg amek ak kat KLIA, kite g
     kuantan sama2. Pastu baru ak balik Kuch. Ticket balik 2hb.

P : eh, twit..twit..ak amek kat KLIA, pastu g kuantan sama? abes, ko nak stay mana? nk direct
      Melaka-KLIA-Kuantan ?
L : x lah. ak stay Melaka dulu. pegi Kuantan dr Melaka.

P : stay Melaka? umah ak? eh, mana boleh! ak x nak kawen free ngn ko
L : Ko x nak, ak nak ! Hahaha. Nanti ak adjust la mana nak stay. Yang penting ko amek ak kat KLIA.

P : Owh ok. Ak kene amek & hantar ko ke KLIA la nnt kan?
L : Aah, Boleh? Boleh kan? Thanx Aida.

P : erk...blom decide la.
L : Thanx Aida..

_______________________________________________________________________________

31 Ogos 2012

L : Aida ...
P : Apa?

L : Barang ak banyak. Camana ni?
P : Banyak sgt ke?

L : Banyak ! Berat !
P : Kete ak sama ngn kete ko. Muat kan?

L : HeHe..c u at KLIA
P : ok.

L : Aida, drive elok2 nanti. Hati2. kul 5 ak sampai.
P : Baik bos :)
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

L : Aida ! ak dah nak ke epot ni. jumpa nnt. drive baik2.
P : ok. otw jugak. klu delay bagitau. dah sampai kol.

L : ok. x delay punye. jumpa nanti. Yeay !
p : @.@
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

L : Ready to take off. Dah dalam perut kapal
P : noted
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

P : dah kat KLIA ni. x masuk parking. dah setle, sila kol. lambat tinggal.
L : baru on hp. jap kol mama.

P : ok. nnt btau lokasi.
L : jap amek barang. lapar. jom makan kat sini

P : amek barang cepat2. x nak makan kat sini. x best.
L : Aida. Mana? xleh kol pun.

P : msg je. gate 4&5. mana? x nampak pun..
L : jap ek, nk tengok awek dulu, cuci mata.

P : hah?
L : Aida, pandang sini.

P : giler ! sini tu mana? gate brpa?
L : Hehehe. ok dah. awek x pandang. On my way

P : aik? rejected? kesian. hahaha
L : aah. hahaha. Aida, jgn diri situ. Pak Arab tu mata gatal

P : Hah? wei, mana ko ni? ko dah nampak ak, apsal ak x nampak ko?
L : sudut 45 darjah dari tempat ko tu

P : tipu ! ok, tinggal
L : hahaha

P : nak kene tinggal?
L : hahaha. Aida, ko nebes nak jumpa ak ek? xpe, 3 hari ni ko dgn ak.

P : sewel. mana ni? kene saman nnt.
L : x kene saman punye. ak kan ada.

P : cepatla. dah malu diri kat sini.
L : nebes kan?

P : membazir je pump darah laju sbb ko. cepatla...
L : Aida, nnt kita pegi Umrah dari sini sama2, nak?

P : Insya-Allah.ko blanja ak kan? Alhamdulillah. Eh, boleh muncul sekarang x?
L : Insya-Allah. kejap la. nak tengok ko dr jauh ni.

P : cepat dtg sini.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

L : Aida....
P : uit ! ckp direct je la. dah depan mata kot

L : saje. hehe.
P : apa daaa
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

L : Aida, nak tuala. xde tuala
P : ok. nnt amek kat umah.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

L : Aida, kenapa tiba2 ak jadi pemalu ni. ish...

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ha Ha Ha..
Kenapa post entry ni?
Sebab mesej2 ni la yg buat orang lain esp kawan2 yg stay with us utk ke majlis d Kuantan terkejut-terkezut-terkesima buat hiportesis keakraban kami. all the mak nujum, tukang telek, pembaca hati, penasihat keluarga memainkan peranan masing2.
Anyway....thanks guy. Terus lah berhipotesis. From me 'No komen'

:: Pilihan ::

Quote from Ketua Kampung yang pernah jadi kawan baik arwah Abah :

Bilamana kita dah berusaha, Insya-Allah akan ada hasilnya. Terkadang tak sama seperti kemahuan kita, terkadang, berlebihan dari angan-angan kita.




Superb !




Ya Allah, segalanya ku serahkan kepada-Mu, mengharap redha-Mu. Aku yakin pada-Mu Ya-Allah. Allahuakhbar


Monday 6 August 2012

:: Kembali Ke Sekolah ::

Sesuatu telah terjadi di pagi hari tadi.....


Pagi ni hujan lebat. Macam biasa when the MONDAY tiba, semangat nak pergi keje awal tu berkobar-kobar. I set dalam my mind - Do start your weekdays with energy, and end the weeks with energy too, so weekends ayang lways will be my holiday akan laju datang. Time bulan puasa ni, tenaga awal pagi memang superb banyak, maka awal lah muncul di kawasan parking pejabat.

Masuk opis, ngaji dulu sambil tunggu komputer bersedia nak bekerja. Lepas ngaji, bukak emel rasmi, emel personal, tak ada yang urgent atau menarik. Turun ngaji berjemaah, welcoming minggu baru bekerja kat kawan-kawan than start browsing article untuk dibaca. Panjangnya mukadimah.....okey, make it short. Very short please...

Browsing website universiti pilihan hati, tengok status application --- @@ pengsan@@

Semua perasaan dan saudara mara emosi datang serbu. Mix feeling + speechless. Walhal dah tahu memang apply, sepatutnya tak perlu dramatik sangat perasaan ni. Laju jari text Mar ( bakal pHD student uni yang sama). Ding dong ding dong dengan Mar, still tak release lagi perasaan ini.

Finally, texting a Siamese man, kasik hint what happen to me. Huhuhu. Laju je hp bunyi. Dah tau dah, beliau memang prefer call berbanding sms. Bla..bla..bla..bla... fuh, lega.

So and so soon, Insya-Allah i will back to school. Whishlist before 30's semakin hampir dipenuhi.

Ya Allah, berilah kekuatan kepada hamba-Mu ini.

#thanks Abg Nizam :)

Thursday 2 August 2012

:: Ucapan Hari Lahir ::

I would like to wishing you...

Selamat meraikan hari ulangtahun kelahiran ke 31. Semoga sentiasa dalam redha Ilahi. Thank you for all your kindness.Teruskan melangkah,I'll follow you. Insya-Allah.

----------------------------------------------------

My thought tentang your Phd : perjalanan PHD itu proses yang tak boleh dijual beli. InsyaIAllah, usaha yang baik, niat yang baik akan ada ending yang baik-baik juga



Dan ALLAH mengetahui apa yang kamu rahsiakan & apa yang kamu lahirkan. - An-Nahl ayat 19

Tuesday 31 July 2012

:: Pangkor ::

Muke nebes lepas bayar RM20 utk naik speed boat ronda pulau + snokerling

Macam tak percaya saya berjaya sampai ke tempat snokerling di Pangkor ni. Best rupanya naik speed boat ni :)

Pinjam peta Pulau Pangkor kat Uncle yang jaga Galeri Pangkor. Tak sampai 2 jam, complete pusing pulau dengan kereta. Subhanallah, indah bumi ciptaan Allah

Dutch Belanda di Pangkor.

Allah perlihara mukjizat Nabi Muhammad S.A.W sampai akhir zaman. Ini antara buktinya. Masya-Allah

Depan Dutch Belanda. Pemandangan cantik yang sukar diceritakan

Menarik ! Ni pun kat depan Dutch Belanda. Ala Inggeris tempat ni.

Antara gaya bergambar yang dibenarkan untuk tontonan umum. Selebihnya, perlu di'ekslusifkan'. Hehehe

Batu Bersurat yang ditemui di Pangkor. Tak jauh dari Dutch Belanda. Jalan kaki je. Batu ni kat depan rumah nelayan. Sayangnya, ada cubaan vandelisme di batu bersejarah ni.


November 2012, Insya-Allah saya  akan ke sini lagi bersama delegasi negeri. Proposal dah diluluskan, modul sudah saya sediakan. Insya-Allah.

:: Inspirasi Harian ::



This is love letter that i found in my previous year planner. Abah wrote this for me on Ramadhan 8 years ago. Ramadhan pertama saye di preantauan (Kota Samarahan). Masih berkeadaan baik. Insya-Allah akan dijaga agar terus berkeadaan baik. Cantik kan, handwritting my Abah?

Abah, Adik doakan roh Abah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Ya Allah, ampunilah dosa Abah, cucurilah rahmat-Mu ke atas roh Abah. Kasih sayang Abah jadi inspirasi kejayaan kami adik-beradik. Abah, kitorang cant repay segala pengorbanan Abah.



Okey,

Tuesday 24 July 2012

:: Love Letter ::

Senyum tak perlu kata apa-apa.

Senyum.

Zaman sekarang ni memang susah nak dapat kiriman surat dari kawan-kawan, saudara mara, ataupun kesayangan-kesayangan sekalian. Zaman dah semakin canggih. Rata-rata orang dah guna smartphone, termasuklah saya. Melalui smartphone juga lah setiap hari saya akan dapat LOVE LETTER. Pagi-pagi akan ada mesej dari kawan-kawan BBM atau WhatsApp. Lebih jimat berbanding SMS kerana dah termasuk dalam pakej line. Hehehe.

I called it LOVE LETTER kerana sebab-sebab berikut :

1. Masa perlukan talian hayat - WhatsApp saja kawan-kawan, saya pasti tersenyum
2. Masa memendam perasaan huru-hara - tengok status BBM kawan-kawan, lupa sekejap perasaan tu
3. Paling best - kawan-kawan di WhatsApp atau di BBM la yang setia menemani saya tatkala travel
    hanya berdua-duaan dengan pemandu. Terima kasih kawan-kawan. :)
4. Mungkinkah kisah awal kasih Lisa & Yusry akan saya jejak ??? hahahaha. xde kaitan kot.
5. Banyak lagi...

Sebelum tidur semalam, dapat LOVE LETTER dari seorang sahabat. 'Kak, mu di ambang jatuh cinta ke?'. Tetttttttttt. Apa punya soalan daaa  

Monday 23 July 2012

:: Puasa 1 ::

Alhamdulillah, hari ni dah Ramadhan ke-4. Seronok rasanya. Di pejabat, kami mengubah kelainan rutin pagi. Rutin kami di pejabat sepanjang tahun, akan dimulakan dengan tadarus Al-Quran diikuti dengan Asma' UlHusna. So, 30 minit pertama permulaan kerja tu memang semua akan ada di pejabat. Kalau saya bekerja di luar kawasan, awal pagi saya akan rasa missing something. Department kami ni majoritinya penjawat awam skim 'S', so kami tidak bekerja setia dengan office. Selepas habis penghayatan Al-Quran, bertebaran lah kami ke seluruh pelosok Melaka menjalankan tugas. Jam 5 petang, seorang demi seorang akan muncul untuk punch card sebelum balik.

Sempena Ramadhan Al Mubarak 1433H ni, selepas bacaan Al-Quran dan terjemahan, kami buat ulangkaji hukum tajwid. Seronok ! For me, terimbau zaman sekolah agama kelas petang masa awal persekolahan. Masa tu, semua berdiri atas kerusi. Siapa dapat jawab, boleh turun berdiri atas lantai. Dapat jawab lagi, boleh duduk. Hehe. Nasib saya baik, selalu jadi antara yang terawal duduk. Lucu pulak. Ilmu asas tu berguna sehingga sekarang. Alhamdulillah, Allah kurniakan daya ingatan yang baik untuk mengingat ilmu-Nya.

Ada beberapa lagi kelainan yang kami sedang dan akan lakukan sempena Ramdhan kali ni. Semua ini boleh dikategorikan sebagai usaha untuk penambahbaikkan. Semoga segalanya terlaksana. Inya-Allah.

Ya Allah, terimalah taubatku ...

Tuesday 17 July 2012

:: Rindu ::

Open up planner tahun lepas untuk cari emel address someone. And I can't stop my tears when I found a small card written by arwah Abah. Seingat saya, Abah kirim kad ni dengan kurma masa 1st time ever berpuasa di perantauan.

Ya ALLAH, nikmat kasih sayang dan pengorbanan Abah buat kami tiada tandingannya. Tempatkan Abah di Syurga-Mu.

Monday 16 July 2012

:: Mendung ::

Rasa down sekejap dengan apa yang berlaku.
Ya...saya perlukan rehat.
Ya...saya perlukan ruang.
Ya...saya perlu perbaiki semula.

Jangan sedih. Allah ada. Allah Maha Mengetahui.

Harapan hari ini, dapat tidur lena..

Cuaca mendung sama seperti hari yang saya lalui.

Thursday 12 July 2012

:: Rejuvenate ::

12 Syaaban 1433H
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah
Minggu kursus-sambung-sambung dah pun berlalu. Akhir Jun hingga awal Julai, penuh dengan jadual packing-travel-packing-travel. Beginilah lumrah bekerja kata seorang sahabat. Saya sangat bersyukur dengan setiap kursus yang dihadiri. Sentiasa ada ilmu baru. Insya-Allah akan digunakan dalam memenuhi keperluan kerjaya.

19 Jun 2012      : Maktab Polis DiRaja Malaysia Kuala Lumpur
23-29 Jun 2012 : INTURA Sg Petani, Kedah
26-27 Jun 2012 : Persidangan PpsiJPA, Putrajaya ( skip yg ni)
3 Julai 2012      : Tanjung Sepat, Banting Selangor
4-6 Julai 2012  : Perjumpaan Ppsi ambilan 2008-2011, Permata Resort, Alor Gajah Melaka
6-8 Julai 2012  : Kursus Ketahanan Diri Ppsi dengan JPAM N. Sembilan
13 Julai 2012   : Friendly Match di Jab Audit Negara, Sepang.

Seronok memenuhi hari-hari dengan proses mengutip pengalaman dalam kerjaya. Cuma, sedikit kecewa bila kaki kanan saya tercedera, dan terpaksa tarik diri dari join game dengan Jab Audit Negara tu. Oh, buku lali kaki kanan, segeralah kembali pulih.

Sepanjang minggu yang pantas berlalu ni, kehidupan saya seperti rejuvenate secara tiba-tiba. Insya-Allah akan ada khabaran gembira. ( berangan jap...)

Saya teruja dengan cerita seorang sahabat yang baru pulang dari Umrah. Dunia pejabat saya dikelilingi rakan-rakan yang pergi balik Umrah ni. Selalu dengar kawan-kawan kongsi pengalaman. Tapi, tak sama perasaan dengar perkongsian pengalaman sahabat kali ini. Teresak-esak saya dan seorang lagi sahabat mendengar gambaran pengalaman di sana. Rindu pada Rasulullah S.A.W membuak-buak rasa. Rindu cinta Allah S.W.T mencengkam rasa. Waktu tu tengah tunggu solat Isya' berjemaah di surau. Ada la mata-mata yang hairan tengok kami bertiga. Kami abaikan. Perasaan saya masa tu cuma satu...  

'' Ya Allah, sambutlah huluran hajatku untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci-Mu."

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sepanjang kursus saya diuji dengan perasaan nafsu. Ya Allah, rasa kerdil sangat nak melawan fitrah itu. Dan, mungkin juga ini adalah permulaan baru. Ya Allah ... Aku redha, aku pasrah...

Kebetulan, sahabat di FB tagged saya dengan kata-kata ini...

'' Tak semestinya jodoh kita dengan orang yang telah lama kita kawan. Mungkin jodoh kita dengan orang yang baru kita kenal "

Okeh, terkesan di hati. Saya yakin perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan untuk saya.

Sebelum tinggalkan entry ni, nak wish 'selamat bergraduasi Cikgu Ana Salwa :)






Tuesday 26 June 2012

:: Ikut Suami ::

Alhamdulillah, berpeluang menikmati udara bumi kasih sayang emak abah 30 tahun yg lepas. Di sini lah kasih sayang mereka segar mekar dipupuk.

Insya-Allah, saya juga akan berhijrah seperti emak untuk berada di samping suami jika ditakdirkan begitu.

Bila dan di mana? Saya x pasti
Sekian...


#esok akan ke Perlis,so marilah tidur awal#

Thursday 21 June 2012

:: Sya'ban ::

Dimulakan dengan Bismillah..

Sekarang dah Sya'ban. Pantasnya masa berlalu. Sya'ban bulan untuk berusaha melipatgandakan amal. Insya-Allah. Ya Allah, aku mohon kesihatan dan kekuatan jiwa untuk terus beribadat kepada-Mu.

3 Sya'ban merupakan hari ulangtahun kelahiran saye ke dunia ini. Manakala 8 Sya'ban, 4 tahun yang lepas, merupakan hari terakhir saye melihat wajah lelaki kesayangan saye. Abah .

Ya Allah, dah bergenang kolam mata nak teruskan entry ni....

Bila Sya'ban datang, segalanya terasa masih segar dalam ingatan. Terkenang peristiwa dapat panggilan sebelum Subuh, terasa terhenti segala urusan di dunia bila tahu tempat berteduh kasih, sumber kekuatan yang mentarbiyahkan diri setiap hari, inspirasi di talian yang tak pernah jemu dengar cerita saye di Bumi Kenyalang ketika itu, dah kembali kepada kekasih yang hakiki. Allah, berat ujian-Mu mase tu.

Abah ; im listing all the things that i want you to know (if u can but sure u can't) tonite.
But than, end up dengan nanges. Apa la...

Al-fatihah Abah. Insya-Allah akan ade doa untuk Abah walau sibuk camana sekalipun. Moga roh Abah tenang dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

# the hardest thing during my talk is standing depan officer bakal bersara. Abah will cross in my mind. Selalu stuck tiba2, pastu pura2 tanya, 'xde air ke utk saye? huhu. #

Monday 18 June 2012

:: Geng Wiken ::

Alhamdulillah. Minggu baru, tugas baru, niat baru, matlamat baru... segalanya diperbaharui demi memperbaiki diri. Insya-Allah

Rutin mingguan wajib dipenuhi. Selepas habis waktu kerja, exit tol Ayer Keroh dah berlapang dada menunggu touch n go saye. Hahaha. Ini janji saye pada diri sendiri. Tak mampu nak balas segala jasa dan pengorbanan emak & abah untuk saye menikmati hari-hari indah begini. Insya-Allah, setiap minggu saye akan cari pahala melihat wajah emak. Huhuhu. Syahdu...

Adam, Aleesya, Irfan, penghibur hati emak setiap hujung minggu

Aleesya cium adik die sambil cakap ' ermm, ngi..pan'

Boleh harap utk protect Irfan dari Aleesya yang ganas

Habis tenaga

Tahan ngantok


Irfan - ahli baru Geng Wiken

Breakfast kat Tg Puteri bila datang my house

We love u mak. Moga Allah kurniakan kesihatan yg baik selalu
 Inilah geng wiken saye setakat ini.

 #sakit2 badan kene gusti dengan Adam masih terasa. Akibat pura2 jadi hantu untuk ajak Adam tido awal. Huhuhu#

Thursday 14 June 2012

:: Waris ::

Alhamdulillah. Cuti sekolah MidYear Break dah pun berakhir.

Seronok ! hari-hari call mak dengar die update cerita tentang keletah cucu yang dibawa pulang secara ekslusif untuk mak. Jumaat kedua cuti sekolah (1 Jun), saye crazy drove to Putrajaya masa lunch break. Walau agak lewat dari perancangan, saye gigihkan juga coz, Haziq & Damia dah excited packing,dan juga; Ude dah halfday untuk urusan passing his kids to me. Lagi 30 minit nak break, boleh pulak student practical datang merayu nak interview. Huhu. Dalam masa 30 minit dengan student tu,sempat lagi membebel pasal attire. Bukannya mencari salah, tapi the way she dress up memang boleh jadi best reason, why other organization rejected her. Eh, terpesong tujuan entry. Hehe

Bawak kete laju2, sampai PICC (Ude keje kat sini) ambil beg Haziq & Damia, salam Ude,terus balik Melaka. Masuk ofis, review report, sharp 5 o'clock straightly drove to Labis. Haziq keep asking 'jauh lagi ke nak sampai umah nenek?' Dan tentu jawapan berlagak adalah ( 5 kali pejam celik mata, kita sampai la..-hohoho. jawapan menipu)

Diringkaskan entry, aktiviti para waris dipenuhi dengan makan-jalan2-makan sahaja. Haziq boleh request apa sahaja yang dia nak makan. Sehinggalah terbit idea makan di halaman rumah.


muka teruja camping tengah laman umah nenek

Adam Mukhriz

Abang Amir Haziq,  Si Sulung pujaan famili

Hasil BBQ Abang Haziq

Hasil BBQ Adam

Seminggu di rumah nenek, seluruh kampung tahu keberadaan mereka. Al maklumlah riuh rendah bunyi suara gaduh, nangis, suara jerit pekik Mak Ngah jadi pengadil lagi...kesimpulannya, jiran-jiran pun sama gembira dengan mereka ni. Emak yang selalunya letih lepas balik hemodialisis, jadi cergas, ceria dan sangat aktif seminggu. Alhamdulillah, nikmat kesihatan fizikal dan perasaan masih boleh dinikmati dengan izin-Nya.

Insya-Allah, cuti sekolah seterusnya akan ada lagi aktiviti menarik untuk waris sekalian.

Tuesday 12 June 2012

:: Doa Ketika Sedih ::

Ya Allah,

Tidak ada keMUDAHan kecuali apa yang Engkau jadikan MUDAH
Dan Engkau membuat kesedihan itu MUDAH,
Jika Engkau jadikan ia MUDAH..


# hidup ini singkat, jadi..ayuh manfaatkan #

Friday 8 June 2012

:: Nikah Lagi.. ::

Alhamdulillah dan a lots of tahniah utk my ofismate Ustaz Hafiz yg baru je selamat diijabkabulkan. Tahniah! Tahniah! 6 tahun menyimpan sejuta rasa, segala cerita. Inilah yang dinyatakan,kalau dah jodoh, Insya-Allah sampai masanya.

Ustaz Hafiz nikah dengan suasana penuh meriah. 4 pasangan serentak di Masjid Bandar Baru Senawang. Mewah suara riuh rendah kanak2.

Tahniah sekali lagi dr we ol. Da tengok live tadi. Hehehe.

# My turn will coming soon. Insya-Allah #

Thursday 7 June 2012

:: 10 Tahun ::

Tahniah utk rakan seperjuangan di kelas engineering 10 tahun yg lalu. Menghadiri majlis pernikahannya juga merupakan janji kami 10 tahun yang lalu. Kini, kami berkerjaya dalam bidang yang berbeza. Beliau meneruskan minat kerja dengan objek, dan saye dengan minat bekerja dengan uniknya manusia.

Agak terkejut when she said, ' u are totally different than u, 10 years ago. The way u speak, the way u see people, all the things in u, told me...u are real counselor.' Ops. Hahaha. No komen, beb. Adakah segalanya telah dibayangi oleh kerjaya saye? I care. I just love to b a counsellor.

10 tahun adalah satu tempoh yang mendewasakan. Alhamdulillah, better than b4.

Tahniah again Haslinda Dewi Bt Arshad. My turn will b next. Insya-Allah.

Monday 28 May 2012

New Born

Alhamdulillah, hari ni 9 Rejab 1433H (28 Mei 2011), my family got new member lagi. Baby boy ! Anak saudara ke-9. Baby belum ada nama lagi. He's cute elderly bro said, nama adik die, 'Muhammad Rasulullah, nabi kita'. Haha. Adam Mukhriz always cute say.

To new baby : ucu will see u on Friday, Insya-Allah. Kalau diikutkan hati, pagi tadi dah balik Labis. Tapi..apakan daya, I've tanggungjawab on MTAQ. Banyak yang nak kene tengok, belek, urus.

Insya-Allah, kita akan jumpa nanti.

Welcome to world my cute !




Tuesday 22 May 2012

Ulang Tahun Ke-2

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Esok genap 2 tahun servis dengan kerajaan Malaysia. Sungguh banyak jasa dan pengorbanan mereka yg menjadi kesayangan2 saye. Moga Allah merahmati kehidupan dunia akhirat kalian. Amin.

Saye post entry ni awal sebab esok menjanjikan jadual keje yg padat. Ya Allah, permudahkan urusan kami.

::-> sangat teruja nak kembali menjadi student <-::

Sesungguhnya hanya DIA yg memiliki hati ini

Sekian..

Ilham ..

Syukur alhamdulillah atas segala nikmat yang dikurniakan-Nya.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Belek2 planner sambil on phone call tadi terpandang mutiara kata " kehidupan kita di dunia ini x menjanjikan jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran & pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi "

Owh, nice reminder. Termenung sekejap sebab lately ni banyak sangat kejar urusan dunia. Jadi serabut, kalut, ribut bagai tu. Maka, ayuh reformat niat, restart pemikiran. Perbaiki kualiti kehidupan.

Kebetulan lagi 2 hari genap 2 tahun berkhidmat dengan kerajaan Malaysia. Dalam tempoh ni jugak dah selamat sah dalam perkhidmatan (okeh, kira duit KWSP kejap). :p  Actually, nak kene muhasabah diri apakah jasa baik saya kepada kerajaan. Apakah . Apakah . Apakah . dan sungguh banyak apakah perlu difikirkan.

situasi : tengah print pelbagai tagging  utk Majlis Tilawah Al-Quran (MTAQ), Ya Allah, indahnya bekerja di departmen ni. Setiap hari bagaikan setiap langkah penghijrahan.

Okeh, c u next ! :)