Monday 5 November 2012

:: Demi Masa ::

Alhamdulillah, masih ada kesempatan di sini..
 
Kebelakangan ini, saya dapati pengurusan masa saya agak teruk. Setiap hari end up dengan terkejar-kejar ke sana sini. Penat. Memang penat. Terpanggil hati untuk menghayati kandungan Al-Quran yang berkaitan.
 
Surah Al-Asr merupakan surah ke 103 dalam Al-Quran. Surah yang menyatakan betapa pentingnya masa.
Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.
 
Saya mahu tergolong dalam mereka yang 'kecuali' dalam ayat ke-3 itu. Insya-Allah. Alhamdulillah, walau huru hara sekalipun perancangan masa saya setiap hari, Allah tetap kurniakan kekuatan untuk meneruskan hidup. Masya-Allah, kasih sayang Allah itu ada di mana-mana. Walau lewat menemui-Nya, kasih sayang, tetap ada. Allah Ya Allah. Ampunkan dosaku.