Tuesday 31 July 2012

:: Pangkor ::

Muke nebes lepas bayar RM20 utk naik speed boat ronda pulau + snokerling

Macam tak percaya saya berjaya sampai ke tempat snokerling di Pangkor ni. Best rupanya naik speed boat ni :)

Pinjam peta Pulau Pangkor kat Uncle yang jaga Galeri Pangkor. Tak sampai 2 jam, complete pusing pulau dengan kereta. Subhanallah, indah bumi ciptaan Allah

Dutch Belanda di Pangkor.

Allah perlihara mukjizat Nabi Muhammad S.A.W sampai akhir zaman. Ini antara buktinya. Masya-Allah

Depan Dutch Belanda. Pemandangan cantik yang sukar diceritakan

Menarik ! Ni pun kat depan Dutch Belanda. Ala Inggeris tempat ni.

Antara gaya bergambar yang dibenarkan untuk tontonan umum. Selebihnya, perlu di'ekslusifkan'. Hehehe

Batu Bersurat yang ditemui di Pangkor. Tak jauh dari Dutch Belanda. Jalan kaki je. Batu ni kat depan rumah nelayan. Sayangnya, ada cubaan vandelisme di batu bersejarah ni.


November 2012, Insya-Allah saya  akan ke sini lagi bersama delegasi negeri. Proposal dah diluluskan, modul sudah saya sediakan. Insya-Allah.

:: Inspirasi Harian ::



This is love letter that i found in my previous year planner. Abah wrote this for me on Ramadhan 8 years ago. Ramadhan pertama saye di preantauan (Kota Samarahan). Masih berkeadaan baik. Insya-Allah akan dijaga agar terus berkeadaan baik. Cantik kan, handwritting my Abah?

Abah, Adik doakan roh Abah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Ya Allah, ampunilah dosa Abah, cucurilah rahmat-Mu ke atas roh Abah. Kasih sayang Abah jadi inspirasi kejayaan kami adik-beradik. Abah, kitorang cant repay segala pengorbanan Abah.



Okey,

Tuesday 24 July 2012

:: Love Letter ::

Senyum tak perlu kata apa-apa.

Senyum.

Zaman sekarang ni memang susah nak dapat kiriman surat dari kawan-kawan, saudara mara, ataupun kesayangan-kesayangan sekalian. Zaman dah semakin canggih. Rata-rata orang dah guna smartphone, termasuklah saya. Melalui smartphone juga lah setiap hari saya akan dapat LOVE LETTER. Pagi-pagi akan ada mesej dari kawan-kawan BBM atau WhatsApp. Lebih jimat berbanding SMS kerana dah termasuk dalam pakej line. Hehehe.

I called it LOVE LETTER kerana sebab-sebab berikut :

1. Masa perlukan talian hayat - WhatsApp saja kawan-kawan, saya pasti tersenyum
2. Masa memendam perasaan huru-hara - tengok status BBM kawan-kawan, lupa sekejap perasaan tu
3. Paling best - kawan-kawan di WhatsApp atau di BBM la yang setia menemani saya tatkala travel
    hanya berdua-duaan dengan pemandu. Terima kasih kawan-kawan. :)
4. Mungkinkah kisah awal kasih Lisa & Yusry akan saya jejak ??? hahahaha. xde kaitan kot.
5. Banyak lagi...

Sebelum tidur semalam, dapat LOVE LETTER dari seorang sahabat. 'Kak, mu di ambang jatuh cinta ke?'. Tetttttttttt. Apa punya soalan daaa  

Monday 23 July 2012

:: Puasa 1 ::

Alhamdulillah, hari ni dah Ramadhan ke-4. Seronok rasanya. Di pejabat, kami mengubah kelainan rutin pagi. Rutin kami di pejabat sepanjang tahun, akan dimulakan dengan tadarus Al-Quran diikuti dengan Asma' UlHusna. So, 30 minit pertama permulaan kerja tu memang semua akan ada di pejabat. Kalau saya bekerja di luar kawasan, awal pagi saya akan rasa missing something. Department kami ni majoritinya penjawat awam skim 'S', so kami tidak bekerja setia dengan office. Selepas habis penghayatan Al-Quran, bertebaran lah kami ke seluruh pelosok Melaka menjalankan tugas. Jam 5 petang, seorang demi seorang akan muncul untuk punch card sebelum balik.

Sempena Ramadhan Al Mubarak 1433H ni, selepas bacaan Al-Quran dan terjemahan, kami buat ulangkaji hukum tajwid. Seronok ! For me, terimbau zaman sekolah agama kelas petang masa awal persekolahan. Masa tu, semua berdiri atas kerusi. Siapa dapat jawab, boleh turun berdiri atas lantai. Dapat jawab lagi, boleh duduk. Hehe. Nasib saya baik, selalu jadi antara yang terawal duduk. Lucu pulak. Ilmu asas tu berguna sehingga sekarang. Alhamdulillah, Allah kurniakan daya ingatan yang baik untuk mengingat ilmu-Nya.

Ada beberapa lagi kelainan yang kami sedang dan akan lakukan sempena Ramdhan kali ni. Semua ini boleh dikategorikan sebagai usaha untuk penambahbaikkan. Semoga segalanya terlaksana. Inya-Allah.

Ya Allah, terimalah taubatku ...

Tuesday 17 July 2012

:: Rindu ::

Open up planner tahun lepas untuk cari emel address someone. And I can't stop my tears when I found a small card written by arwah Abah. Seingat saya, Abah kirim kad ni dengan kurma masa 1st time ever berpuasa di perantauan.

Ya ALLAH, nikmat kasih sayang dan pengorbanan Abah buat kami tiada tandingannya. Tempatkan Abah di Syurga-Mu.

Monday 16 July 2012

:: Mendung ::

Rasa down sekejap dengan apa yang berlaku.
Ya...saya perlukan rehat.
Ya...saya perlukan ruang.
Ya...saya perlu perbaiki semula.

Jangan sedih. Allah ada. Allah Maha Mengetahui.

Harapan hari ini, dapat tidur lena..

Cuaca mendung sama seperti hari yang saya lalui.

Thursday 12 July 2012

:: Rejuvenate ::

12 Syaaban 1433H
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah
Minggu kursus-sambung-sambung dah pun berlalu. Akhir Jun hingga awal Julai, penuh dengan jadual packing-travel-packing-travel. Beginilah lumrah bekerja kata seorang sahabat. Saya sangat bersyukur dengan setiap kursus yang dihadiri. Sentiasa ada ilmu baru. Insya-Allah akan digunakan dalam memenuhi keperluan kerjaya.

19 Jun 2012      : Maktab Polis DiRaja Malaysia Kuala Lumpur
23-29 Jun 2012 : INTURA Sg Petani, Kedah
26-27 Jun 2012 : Persidangan PpsiJPA, Putrajaya ( skip yg ni)
3 Julai 2012      : Tanjung Sepat, Banting Selangor
4-6 Julai 2012  : Perjumpaan Ppsi ambilan 2008-2011, Permata Resort, Alor Gajah Melaka
6-8 Julai 2012  : Kursus Ketahanan Diri Ppsi dengan JPAM N. Sembilan
13 Julai 2012   : Friendly Match di Jab Audit Negara, Sepang.

Seronok memenuhi hari-hari dengan proses mengutip pengalaman dalam kerjaya. Cuma, sedikit kecewa bila kaki kanan saya tercedera, dan terpaksa tarik diri dari join game dengan Jab Audit Negara tu. Oh, buku lali kaki kanan, segeralah kembali pulih.

Sepanjang minggu yang pantas berlalu ni, kehidupan saya seperti rejuvenate secara tiba-tiba. Insya-Allah akan ada khabaran gembira. ( berangan jap...)

Saya teruja dengan cerita seorang sahabat yang baru pulang dari Umrah. Dunia pejabat saya dikelilingi rakan-rakan yang pergi balik Umrah ni. Selalu dengar kawan-kawan kongsi pengalaman. Tapi, tak sama perasaan dengar perkongsian pengalaman sahabat kali ini. Teresak-esak saya dan seorang lagi sahabat mendengar gambaran pengalaman di sana. Rindu pada Rasulullah S.A.W membuak-buak rasa. Rindu cinta Allah S.W.T mencengkam rasa. Waktu tu tengah tunggu solat Isya' berjemaah di surau. Ada la mata-mata yang hairan tengok kami bertiga. Kami abaikan. Perasaan saya masa tu cuma satu...  

'' Ya Allah, sambutlah huluran hajatku untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci-Mu."

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sepanjang kursus saya diuji dengan perasaan nafsu. Ya Allah, rasa kerdil sangat nak melawan fitrah itu. Dan, mungkin juga ini adalah permulaan baru. Ya Allah ... Aku redha, aku pasrah...

Kebetulan, sahabat di FB tagged saya dengan kata-kata ini...

'' Tak semestinya jodoh kita dengan orang yang telah lama kita kawan. Mungkin jodoh kita dengan orang yang baru kita kenal "

Okeh, terkesan di hati. Saya yakin perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan untuk saya.

Sebelum tinggalkan entry ni, nak wish 'selamat bergraduasi Cikgu Ana Salwa :)