Wednesday 24 December 2014

:: Tempat jatuh lagi dikenang... Part 1 ::

Assalammualaikum

Catatan ini sekadar ingatan untuk dikenang manisnya pengalaman.

Alhamdulillah, setelah 5 tahun meninggalkan Kuching, Allah bagi rezeki luar jangka untuk kembali semula bersama insan-insan tersayang. Walaupun tempohnya singkat, Alhamdulillah syukur Ya Allah.

Sepupu lelaki (anak adik perempuan emak) yang merupakan kawan sepermainan, sekatil sebantal zaman hingusan bertemu jodoh dengan gadis Kg Gita, Matang. In family, we called him Angah Cik Simah. Keluarga sebelah emak ni ramai sangat Angah. So kena mention nama emak dorang sekali kalau nak panggil tu. Hehehe.

Angah dah beli semua tiket flight ahli rombongan untuk ke majlis perkahwinan pihak perempuan. Aku tak ambil kisah pun sampailah satu hari yang sadis. Mak asyik tanya hari ni berapa hari bulan...owh...dorang pegi Sarawak berapa haribulan? Berulang kali. Sebagai seorang anak yang bekerja dalam bidang memahami manusia ni, aku mula mendiagnos mesej yang emak cuba sampaikan. Ting! ( dapat insight)

Aku offered mak urutan kaki dengan losyen Body Shop yang aku dah lama beli tapi baru nak guna. Rosses smell ( lupa nama ). Emak memang suka kena pampered macam ni. Sambil urut-sapu lotion-urut tu, aku pun tanya what if kalau aku beli tiket untuk kami bertiga ke Kuching? (pakej tau kami ni. Kalau berjalan, aku akan bawa emak and wajib pinjam kakak aku drpd abang ipar)

Emak tersipu-sipu malu + seronok. Sebelum tu berulang kali tanya 'Awak ada duit ke? Cukup ke duit awak? Tak mahal ke tiket tu? Dalam hati marah diri sendiri. Apsal aku tak perasan keinginan bonda yang satu ni. Adoila anak! Bila dah begitu reaksi bonda, laju je aku text abang merangkap tukang beli tiket flight aku dari dulu sampai sekarang ( adik bongsu la katakan, haruslah memanjakan diri sendiri ). Eh, abang tukang beli je, aku tukang bayar tau. Camana tu? Hahaha.
Tiket bought. Dan bermula la episod emak dan akak aku berangan siang malam mengalahkan dorang yang akan jadi pengantin.

Emak aku punya la eksaited, sepersalinan lengkap nak serba baru. Kasut, handbag, baju kurung, tudung, jubah semua nak yang baru. Mujurlah akak aku tu tailor exclusive kami. Boleh order minta siapkan baju dalam tempoh 12 jam. Kebetulan bulan September aku ada belikan emak kain baju kurung + jubah untuk emak. Akak aku ni pula standard tailor pekasam kami panggil. Ko beli kain awal2 hantar kat dia, tidak memberi sebarang makna pun atau tidak menjadi usaha dia pun untuk jahitkan baju tu. Tu yang kami panggil pekasam. Ko dah lupa corak kain baru dia siapkan. Gila tak pekasam kalau dah macam tu, kan? Maka, kain2 yang sedia cuba dipekasamkan tu kami decided untuk jadikan baju emak. Dan akhirnya tak serba baru pun emak aku, sebab anak bongsu dia ni tak sempat nak belikan apa yang dia hajatkan. Bergulung2 maaf telah diterima.

Mereka menghitung hari. Sepupu aku berulang kali tanya sebab tak percaya kami akan sertai rombongan dia. Makcik aku setiap hari call Emak tanya dan bercerita perancangan mereka. Tak ke eksaited namanya tu?

Sehinggalah seminggu sebelum tarikh penerbangan kami...

InsyaAllah akan disambung nanti..

Sekian

Sunday 30 November 2014

:: Keputusan ::

It just like. Okeh, jom.
Buat keputusan, terus dapatkan maklumat; and do it in short. Lepas tu baru duduk berjam2 tengah malam minta pertolongan Allah.

I did it twice.

Paling ketara 1st beli kereta. Buka majalah, dapat nombor telefon, dail and told them i want car. Nah..kereta yang ada hari ini adalah hasil keputusan mengejutkan semua pihak. Tiba2 beli kereta pepandai sendiri. Beli kereta macam beli pizza delivery. Hanya urusan di dalam telefon sahaja. Masa tu I was travel like balik rumah sekadar unpack and repack only. Buat panggilan pun masa dalam perjalanan ulang alik KL Melaka dalam bulan Ramadhan.

Ramadhan tahun lepas, buat lagi perangai yang sama. Sambil printing slip gaji, buka laman web mudah.my, cari rumah baru harga bawah 200k. Jumpa, lokasi macam best je, terus call. Lunch break pergi tengok lokasi and rumah. Kebetulan hari Jumaat, rehat agak panjang. Pusing2 kawasan tapak projek sambil call my brother

Me: Eli, Ucu nak beli rumah.
My Brother : Belikan aku satu. (Ketawa besar)
Me: Esok ko dtg tengok ek. Rasa nak beli la.
My Brother : erm...ye la tu. ( Annoying okeh suara dia sbb aku tau my brother tak percaya)
Me: tak percaya sudah. Letak telefon.

Petang tu balik Labis, bagitahu emak and prepared documents. Keesokkan harinya, terus urus dengan pemaju. My brother, Eli, buat the same thing. Beli rumah sebelah2. Dia memang tengah mencari rumah rupanya. Aku? Tak sengaja buat keputusan beli rumah. Sekarang ni dah genap setahun beli rumah, rumah belum siap lagi. Belum turap jalan je pun. Keep calm & sabar + doa dipermudahkan urusan.

Its me. Decide and buat. Ala....sebenarnya kan, dah bertahun aku berangan nak beli kerta myvi. Nak beli rumah teres dekat Melaka. Maka, minda dah lama proses maklumat ni, dan apabila ruang peluangnya ada, terus boleh buat keputusan. Allah dah cipta otak manusia dengan penuh kehebatan. Antara digunakan atau tidak sahaja.

Anda mampu berjaya dengan segala usaha. Berusahalah walau sekadar baring atas katil dan berangan.

Sekian

Friday 24 October 2014

Salam 1436H

Dengan namaMu Ya Allah.

Selamat datang 1436H.
Mohon hijrah kali ini lebih baik.
Refleksi diri.
Perbaiki diri.

Tinggalkan yang lama.
Mulakan langkah baru.
Andai dijemput awal, redha.
Andai tidak bertaut, pasrah.

-aida.Labis-

Monday 26 May 2014

:: Generasi ::

Mengimbas kembali detik pertemuan kami pada Julai 2005. Sehingga kini, usia persahabatan kami menjangkau usia 9 tahun.

Ya Allah, moga kau redha dengan ukhwah kami. Kasih sayang kami hanya kerana-Mu Ya Rabb.

Tuesday 18 February 2014

:: Calling From Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam ::

Senyum tak perlu kata apa-apa. Senyum!

Alhamdulillah.Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur atas semua nikmat Allah.

17 Feb 2014 jadi sisipan sejarah dalam perkhidmatan saya dengan kerajaan Malaysia. Lihat pada tajuk - ini bermaksud saya terpilih untuk closed up bersama YBHg Tan Sri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Gembira tak terkata sebab rezeki ini datang pada usia perkidmatan hanya 3 tahun 8 bulan.

Segala amanat dan harapan sedang saya usahakan. Bertemu kembali dengan kawan - kawan pelbagai bidang kerjaya.

Wednesday 12 February 2014

:: New Knowledge..bacalah ::

Pernah tak dengar course cyber forensic? Jujur, saya tak pernah dengar dan tahu. Saya cuma tahu, sejak adanya laman sosial yang pelbagai pilihan, penipuan cyber semakin menjadi-jadi.

Imbas balik silibus mata pelajaran SPM yang saya ambil, iaitu Teknologi Kejuteraan ada menghuraikan kesan teknologi kepada masyarakat antaranya jenayah cyber dan jenayah dunia tanpa batasan. Entah kenapa, dua perkara ni memang tersimpan kukuh dalam memori saya.

Bulan ni, ada 5 orang trainee dari bidang yang saya nyatakan tak pernah dengar dan tahu. So, saya selaku officer yang bertanggungjawab menyelia trainee di department ni, beramah mesra lah setiap hari memahami dunia mereka. Mereka hanya datang di department saya selama 1 minggu sahaja.

Nak dijadikan cerita, dalam tempoh seminggu tu macam-macam berlaku. Salah seorang daripada mereka diserang oleh keluarga rakan sekolej. Saya juga tempias diserang. Ish..jadi parents biarlah tak kaya, asalkan berakhlak baik. Sedih sekejap. Saya guna pendekatan bermesyuarah untuk selesaikan isu mereka. Dah macam emak beranak empat lagaknya. Inilah jolokan kawan-kawan sepejabat bagi selepas isu ini berlaku. Duduk dalam bulatan, berbincang secara bijak. Sentuhan fizikal adalah dilarang sama sekali kecuali bersalaman di akhirnya.

Mereka masih muda dan masih mencari arah hidup. Ya, saya pernah laluinya, dan saya tahu betapa sukarnya mengawal diri pada peringkat ini.

Alhamdulillah, isu dapat diselesaikan dengan tenang, trainee  juga gembira, parents yang menyerang juga berpuas hati. Haish...macam-macam hal!

Alhamdulillah akhirnya saya bebas daripada trainee buat masa ini. (Percayalah...trainee datang dan pergi tanpa henti...huuu)

:: Anak No 11 ::

Memperkenalkan anak no 11 saya. Alhamdulillah selamat lahir jam 8.40 pagi tadi dengan berat 3.6kg.

Tuesday 11 February 2014

:: Skim Lambat Kaya ::

Muncul lagi? Iya. Pasti.
Ke mana hilang? Entah!masih di sini.

Alhamdulillah. Syukur pada-Mu Ya Allah.
Segala puji hanya untuk-Mu.

Menyimpul azam, melerai semangat
Menyulam impian, menghitung hari

Kotak cabaran daripada bahan terbuang. 

Tahun ini saya fokuskan pada kewangan. Tahun ini banyak pengorbanan kewangan yang dah berderet menanti dalam year-to-do-list.

Fokus bermula dengan Cabaran 52 Minggu ini. Kawan-kawan di office lebih mengenali cabaran ini dengan nama Skim Lambat Kaya, Bahagia Akhirnya. Skim ni ambil masa 52 minggu untuk tempoh matang. Kenapa 52 minggu? Jawapannya: setahun ada 52 minggu. Ok, cabarannya nampak mudah. Cuma perlu istiqamah.

Ini juga merupakan cabaran menabung sendiri dan berjadual. Hanya perlu mengisi kotak ini mengikut bilangan minggu yang dilalui. Lebih mudah buat senarai kecil dan tampalkan pada luar kotak. Tandakan pada bilangan minggu mengikut jumlah wang yang dimasukkan. Contohnya minggu 1, masukkan RM 1. Minggu 18, masukkan RM 18 dan seterusnya. Boleh juga masukkan wang ikut suka contohnya ada wang baki shopping RM 24, than masukkan RM 24 dan tandakan pada ruangan minggu 24. Pada minggu ke 52 nanti iaitu berakhir 31 Disember setiap tahun, wang terkumpul sebanyak RM 1378 ada dalam simpanan. Wang itu boleh digunakan atau disimpan.

Buat ramai-ramai lagi seronok. Saling ingat mengingati. Ada juga booster untuk bersosialisasi di pejabat. Saya pelajari dari seoarang kenalan yang mampu tour europe dalam tempoh 20 hari dengan modal wang yang rendah. Beliau buat cabaran ini bersama anak-anak juga. Kotak cabaran anak yang kurang daripada jumlah sepatutnya, maka anak itu akan terkecuali dari family trip. Teruja kan? Saya lah yang lebih teruja.

Mari sama-sama mencuba. Cabar diri anda untuk istiqamah. Perancangan yang baik jika tidak dilaksanakan dengan strategi yang baik dan kesungguhan, ianya akan berakhir dengan sia-sia. Fikir-fikirkan.

Love,
Aida