" Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara "
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Terharu ada kawan yang kadang-kadang menyusahkan
Terharu ada kawan yang kadang-kadang melucukan
Terharu ada kawan yang kadang-kadang tak logik segala permintaan
Terharu ada kawan yang kadang-kadang menyenangkan
Terharu ada kawan yang kadang-kadang mendebarkan
Terharu ada kawan yang kadang-kadang menyakitkan
Terharu ada kawan yang kadang-kadang terlalu prihatin
Terharu ada kawan yang kadang-kadang membahagiakan
Terima kasih Ya Allah, kau hantar seorang kawan yang sentiasa mengingatkan itu dan ini.
Alhamdulillah, kesihatan semakin baik. Badan yang diamanahkan jangan dizalimi. Berikan rehat secukupnya. Jaga segalanya. Sakit kali ni sakit berhikmah. Dalam sakit, saya belajar banyak perkara baru, antaranya usah menzalimi diri sendiri, usah ditangguh rawatan di hospital, dan paling berharga, kasih sayang Allah memang tidak pernah putus untuk hamba-Nya. Terasa kerdil dan semakin kerdil. Allah Ya Allah. Allah hantarkan kasih sayang-Nya dari pelbagai cara, antara sedar dan tidak.
Saya keterharuan bila dapat tahu nombor telefon saya dihafal oleh seorang kawan. For me, itu satu penghargaan dalam persahabatan. Saya hanya hafal nombor telefon ahli keluarga, no telefon pejabat, dan x-roomate, Farah. Semua nombor mereka yang dekat di hati sahaja. Telefon kawan ni rosak, jadi dia hubungi saya untuk bagitahu yang dia susah untuk dihubungi. Dia ada bagi no telefon saya pada parents dia in case ada kecemasan sebab saya tahu macamana nak hubungi dia. All his contact number dalam telefon terkubur bersama kerosakkan telefon.
"I lost all contact number. I just remember no telefon my mom, my dad, my adik, and you (saya). Nombor telefon awek sendiri pun tak ingat. HeHeHe.....boleh tolong mesej nombor telefon awek I? "
"I lost all contact number. I just remember no telefon my mom, my dad, my adik, and you (saya). Nombor telefon awek sendiri pun tak ingat. HeHeHe.....boleh tolong mesej nombor telefon awek I? "
Tanpa bertanya, saya dah dengar alasan " I hafal number you since i got it.....
See, I got special edition friend yang macam dia ni. Inilah satu-satunya kawan yang selalu menuntut kesabaran yang tinggi. Pernah saya text dia ajak kawen lari on his birthday dan jawapannya 'Okeh, jom, tapi x kawen lari la. Ikut prosedur, hukum dan cara Melayu kita'. Terpaksa text balik 'twit..twit..acah mak enon'..HaHaHa. Sila tanya dia siapa saya. Dia akan describe yang baik-baik aja even segala perangai buruk selalu terlepas laku depan dia. :) Memang kawan special edition, kan? :))
p/s : Dia selalu minta saya carikan isteri untuk dia. 'Siapa nak kawen dengan lelaki baik dan boleh dipaksa menjadi lebih baik, sila hubungi xxxxxx, calonkan diri sendiri untuk dipertimbangkan. HaHaHa, Bro, I doakan you will get isteri dunia akhirat, Insya-Allah. :)
No comments:
Post a Comment