Alhamdulillah, hari ni dah Ramadhan ke-4. Seronok rasanya. Di pejabat, kami mengubah kelainan rutin pagi. Rutin kami di pejabat sepanjang tahun, akan dimulakan dengan tadarus Al-Quran diikuti dengan Asma' UlHusna. So, 30 minit pertama permulaan kerja tu memang semua akan ada di pejabat. Kalau saya bekerja di luar kawasan, awal pagi saya akan rasa missing something. Department kami ni majoritinya penjawat awam skim 'S', so kami tidak bekerja setia dengan office. Selepas habis penghayatan Al-Quran, bertebaran lah kami ke seluruh pelosok Melaka menjalankan tugas. Jam 5 petang, seorang demi seorang akan muncul untuk punch card sebelum balik.
Sempena Ramadhan Al Mubarak 1433H ni, selepas bacaan Al-Quran dan terjemahan, kami buat ulangkaji hukum tajwid. Seronok ! For me, terimbau zaman sekolah agama kelas petang masa awal persekolahan. Masa tu, semua berdiri atas kerusi. Siapa dapat jawab, boleh turun berdiri atas lantai. Dapat jawab lagi, boleh duduk. Hehe. Nasib saya baik, selalu jadi antara yang terawal duduk. Lucu pulak. Ilmu asas tu berguna sehingga sekarang. Alhamdulillah, Allah kurniakan daya ingatan yang baik untuk mengingat ilmu-Nya.
Ada beberapa lagi kelainan yang kami sedang dan akan lakukan sempena Ramdhan kali ni. Semua ini boleh dikategorikan sebagai usaha untuk penambahbaikkan. Semoga segalanya terlaksana. Inya-Allah.
Ya Allah, terimalah taubatku ...
No comments:
Post a Comment