Thursday, 22 October 2009

~ Come Back ~

Hi all ;)
Finally, i decided muncul kembali di sini.
Last entry, Aida kongsi tentang bulan terakhir di RSK Seremban kan?
Rezeki Aida di sini, kerja dengan RSK Seremban..not as practical student lagi ~Aida dah grad :))~
Erm..sebenarnya hati tersentuh bila seseorang menghargai kehadiran Aida di RSK ni.
Guys..Pagi tadi Aida beramah mesra dengan beberapa penghuni di sini selepas conduct rehab aktiviti. One of them adalah blind woman. Aida perhatikan dia tersenyum-senyum datang dari pintu bilik mereka menuju ke arah kami.
"Aida ada kat situ kan?" tanya blind woman ni.
~Aida terkejut.Camana nenek ni tau?ak bru je duduk.Lom bercakap lagi.Baru tersengeh-sengeh kononnya peramah~
"Mano ekau tau budak Aida ni ado ni hah?Ekau ni memandai yo. Mato buto, mano nak nampak hah" sahut nenek A mengusik
Blind woman : Saya dengar tapak kaki dia datang tadi. Dia jalan pergi pondok. Dah duduk pun
dia tu.
~Subhanallah~
Blind woman tadi jalan terus menuju kepada Aida. Disentuhnya pergelangan tangan kiri dan kanan Aida sambil tersenyum. Aida diam melihat. Terharu
Blind woman : Bertuah budak Aida ni. Datang tak bagitau pun. Hah, betul la Aida ni. Tangan
kanan dia pakai jam, tangan kiri pakai gelang bijik-bijik kecik. Tapak jalan dia
saya kenal sangat. Dah merata kawasan taman ni dia pimpin saya jalan. Tangga,
bunga, burung atas pokok, kucing lalu, semua dia bagitau saya masa jalan-jalan
ari tu. Seronok dengar dia bagitau semua tu. Rasa macam dapat tegok betul-betul
~Ya Allah, Aida tak perasan pun apa yang Aida buat utk suka-suka tu jadi satu pengalaman yang indah bagi orang lain. Rasanya Aida bawa nenek ni jalan-jalan pusing RSK sebab boring duduk dalam ofis lepas habis aktiviti~
Perkara yang nak dikongsikan bukanlah kebaikan Aida tapi sebaliknya. Setiap perkara yang berlaku terhadap diri kita setiap hari perlu dihargai. Tertanya pada diri, seorang nenek yang tidak boleh melihat tahu menghargai setiap detik yang dilaluinya setiap hari, mengapa tidak kita yang memiliki sifat yang sempurna ni?
Akhir-akhir ini Aida selalu berada dalam kawasan aura tak best. Sana sini merungut, mengeluh
~Aida pun lebih kurang gak~ sedangkan diri diberi nikmat yang secukupnya. Sedarlah Aida dan kawan-kawan semua, syukuri nikmat yang diperolehi setiap hari. Subhanallah.

2 comments:

  1. aida...
    terharu sy baca tentang blind woman tu...btulkan kita yang perasan diri kita ni sempurna tak pernah nak hargai apa yang kita ade..apa yang kita pandai adalah merungut, tak puas hati dan semuanya tak kena...tak semua orang sempurna, cuma nampak ngan tak nampak je..macam blind women tu semua orang nampak dia tak sempurna sebab buta tapi kita ni yang rasa diri sempurna sebenarnya lagi banyak kekurangan daripada mereka cuma tak sedar sebab selalu kata aku sangat sempurna...
    dulu kan saya selalu mengeluh kenapa la mata kau tak ok mcm mata orang lain, kenapa la mata aku rabun...tapi sekarang ni saya blh berbangga sekurang2 nya saya masih lagi dapat melihat keindahan alam dan melihat ahli keluarga....
    ok2 stop setakat sini nnti kalau saya mengarang lagi susah nak berhenti....

    ReplyDelete
  2. zila..

    sy banyak bljr prkra baru kat sini even da pernah berada di sini. semakin sedar diri, bersyukur dapat melihat dgn bantuan spek or lens. mula mencari diri igt lg pn fa ckp, lps grad kehidupan baru bermula? sy sdg memilih permulaan yg terbaik. doakan yg terbaik utk kita :)

    ReplyDelete