Tuesday 2 October 2012

:: :( ::

Allah Ya Allah

Saya sangat terseksa menghadapi hari-hari yang sibuk dengan selsema+minyak angin
Ini latest kecederaan yang paling teruk. Kalau sebelum ni cuma berubah suara aja, tapi kali ni, mukus mengalir deras bagaikan empangan pecah. Tisu sudah berkotak-kotak. Temujanji klien terpaksa ditunda. Kesian saya.

Paling terseksa, badan menuntut rehat, apakan daya kerja yang ada perlu disegerakan. Klinik pun x sempat nak pergi. Maaf wahai badan, saya terpaksa menyeksa kamu kali ni. Menghadap bos dengan suhu bilik tahap beku buat saya makin terseksa. Oh Boss ! kulit apakah kamu ini? Huh. Currently, saya memang terpaksa menghadap bos yang sangat rigid yang over. Kalau x sakit macam ni, i dont care how rigid he are. But time sakit macam ni, oh my... rasa nak nanges bila tengah hari.

Tengah hari semalam saya makan pil selsema dari klinik pujaan sepanjang hidup di  Melaka ni and than...you know what happen to me?? Huhu, tersungkur di meja bos. Giler ! Bos terkejut, saya pun terkejut. After release surat untuk LO program ( alhamdulillah finally, merata negeri, akhirnya bos setuju dengan Negeri Johor sebagai pilihan...memang sangat lega ), saya terus menuju ke bilik kaunseling yang akan jadi tempat saya recharge energy kala tenat begini. Sedar-sedar azan Asar berkumandang. Allah Ya Allah

Ya Allah, moga keadaan ini menjadi kafarah bagiku. Saya jadi terlalu sensitif. Ada rasa tak mahu bertolak ansur dengan rakan-rakan sepejabat. Dek kerana tak mahu berbalah, saya pilih untuk mengasingkan diri dari rakan-rakan lain. Mengaji pagi hanya di bilik sendiri. Lunch hour dihabiskan dengan baca novel politik. Memang memencilkan diri. Semua urusan hanya melalui telefon. Pembantu-pembantu saya pun jadi takut untuk masuk ke bilik saya yang selama ni mengamalkan 'dasar buka pintu' tu.

Saya sedang berusaha mengawal diri dan emosi agar tidak tempang kerana gangguan kesihatan. Allah, berilah sedikit lagi kekuatan untuk aku menghabiskan hari kerja minggu ini.


2 comments: