Wednesday 26 September 2012

:: Reward ::

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Selesai beberapa perkara penting yang pening untuk minggu ni.

1. Buku

Buku-buku penting rujukan exam dah selamat diserahkan kepada tuan empunya badan. Buku segala undang-undang yang terguna pakai d M'sia ni ada empat buah sebagai asas.  Sempat jugak selak-selak beberapa helai muka surat, dan konklusinya.....jika kita belajar dan faham sejarah, maka kita akan patuh kepada undang-undang negara. Saya sayang Malaysia. Saya juga doakan tuan empunya buku berjaya menduduki exam yang dikatakan sangat kritikal dalam [permulaan kerjaya beliau. Tempoh 3 bulan itu singkat. Semua masa dihabiskan dalam kelas. Just imagine, he have to attend his class start from 8 o'clock till midnight. The break is only for makan time & prayer for Muslim. Superb tepu. Saya masih hutang satu buku lagi. Insya-Allah saya akan cari hujung minggu ni. Oh ya, bulan ni saya belum belanja diri saya dengan buku baru. Im looking for it this coming weekend. :)

2. Beg

Yang ini, memang agak sukar untuk direalisasikan. Dah beberapa kali keluar masuk pasar raya untuk beli beg, but I end up with..balik je lah. Daripada sales masa raya sampai lah hari ni, masih belom ada beg yang berjaya menawan hati saya. Beg yang dicari adalah beg tangan yang pelbagai guna. Im kind of beli dan bawak hanya 1 beg sahaja ke hulu ke hilir. Kalau tukar-tukar beg ni, harus ada banyak yang tertinggal dan entah apa-apa isinya. Desakan untuk replace beg yang sedia ada ada ni datangnya dari suara hati emak. Dah tahap buang katanya when she saw my working beg. I told her, if she can find beg yang murah, besar dan cantik, please belikan, nanti I bayar balik. Hahaha. Membelikan beg untuk si cerewet seperti I adalah mustahil emak akan buat. Dan...dan...yang best nya, hari ni I end up dengan beli beg besar gedabak warna merah. (x ada gambar sebab beg yg dimaksudkan masih ada dalam kereta...hehe). Harga only RM 50.20. Just nice. Nampaknya, beg baru itu akan menjadi beg doremon baru. One of my boyfriend ask me to list out apa yang wajib ada dalam handbag. Maybe die pun rimas sebab I selalu ask him, 'Kirim beli handbag, boleh?.beg tu mesti so and so..dia pun rajin la melayan dengan mms gambar handbag yg dirasakan sesuai but semua I tak nak. hahaha. Sorry U. ;)

Here, I list out apa kandungan yang ada dalam my handbag :

* Purse CR2 black color - selain duit dan kad penting, ada tumbdrive jugak
* Camera Lumix biru
* My Red Blackberry
* Si Kebal Nokia - selalu jadi hero penyambung nyawa bila lupe charge BB
* Beg make-up - not so make-up la kan kalau hanya ada compact powder, lipstik, sikat, eye-liner, roll on
                           perfume, losyen tangan and tisu basah..hehe
* Kunci kereta + Kunci rumah
* Segugus Kunci Pejabat
* Botol air Tupperware 550 ml - my fren said Im too kedekut, air pun nak angkut. Hey, I love plain water !
* Beg Duit Syiling Handmade Melaka - beli masa rombongan sekolah ke Melaka. Masa tu Darjah 5.
* Pen
* Lens Spray
* Nail Clipper - hahaha, ini memang jadi habit sejak 1st Year di Unimas lagi
* Buku Nota comel
* Working identity card - ni dah jadi macam ticket untuk mana-mana bangunan kerajaan warna biru putih
* Beg telekung yang sangat kecik - prepare siap-siap untuk last minute order kena keluar kawasan
* Keperluan kecemasan untuk wanita - selalu jadi sedekah kat kawan-kawan yang memerlukan :))
* Gula-gula
* Biskut pack kecik-kecik/kadang-kadang ada kuih jugak Ngeee
* Sebotol VCO Softgel - kat rumah selalu lupa makan , lebih senang bawak je
* Charger BB - Hahaha. yg ni selalu kena perli.. Extension wire tu x nak bawak jugak ke?
** Sebuah buku - ini ada jika perlu travel yang dihantar pemandu sahaja. heee

Hah, Kan dah cakap, handbag I tu beg doremon. Senarai di atas juga menjadi  sebab beg I selalu menjadi perhatian anak-anak saudara. :)

Sekarang dah upah myself dengan beg yang lebih besar. So mungkin kandungan akan bertambah. :))

3. JJCM

Ini adalah reward tahunan. Ya, saya perlukan cuti yang panjang. Yang pastinya, destinasi haruslah menarik dengan makanan-makanan tempatan. Terkini, saya dipengaruhi dan sering kali diracun untuk ke Kelantan. Insya-Allah akan usahakan untuk tahun ni. Siap dah buat assignment untuk kenal pasti tempat makanan-makanan yang menarik. Mizah, peracun yang konsisten promosi negeri kelahirannya. Along, peracun seribu janji, padahal dia pun menetap di Kuching. Kita tunggu apa kata pewaris-pewaris saya, ya. Mereka yang akan memutuskan destinasi JJCM yang terbaik.

Sekian, jumpa nanti

No comments:

Post a Comment