Thursday 4 October 2012

:: Suntikan Sakit ::

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Bernafas lagi sehari..

Erm...
Selagi boleh mencipta helah, selagi itu menyusun alasan. Itulah saya, bila disebut tentang sakit dan ubat. :) Hari ni saya kalah. Serah diri di klinik Dr Piang. Diberi Injection cegah jangkitan kuman. Sakit tau. Saya memang cuak teramat sangat dengan jarum suntikan. Dr Piang pulak keluarkan jarum depan mata. HuHuHu. Longlai seluruh badan. Sakit injection masih terasa sampai malam ni. HuHuHu. Harap-harap cepat recover. Dalam hati ' Tak nak kawan Dr Piang lagi ! '..

Petang tadi, officemate buat revision untuk tazkirah esok. Orang yang sakit sunat mengaku sakit ! Allah ya Allah. Saya selalu menafikan situasi ini. Ingatannya lagi, jangan kejam dengan badan sendiri, kerana badan kita adalah amanah Allah. Perlu dijaga, perlu diperlihara. Ya Allah, ampunkan dosa hamba-Mu yang jahil ini.





No comments:

Post a Comment