Tuesday 9 October 2012

:: Kerana Kamu ::

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Pada usia 62 tahun, emak saya masih boleh diajak ketawa, bersuka ria, tapi tidak bersedih. Nanti sedihnya over dari orang lain. Silap-silap masuk stage susah hati.


Menyusuri Sungai Melaka @ Kampung Mortem, Banda Hilir Melaka


Rasanya dah lama kami bertiga tidak bergambar sama. Hari Raya lepas pun tak sempat bergambar banyak. Ini gambar Si Jelita Untuk Arwah Abah yang latest Sabtu lepas, program keluarga yang x dirancang. Di tengah itu, kesayangan saya dunia akhirat. Yang ber-blouse putih itu, satu-satunya kakak saya. Itulah kesayangan saya yang boleh dibuli sesuka hati. Saya dan kakak memang tidak serupa. Selalu disangka kawan atau ipar. HeHeHe. Saya ni lebih kepada keluarga emak yang ada mix dengan Malbari. Tapi Emak saya berkulit putih sebab Arwah Ayah beliau berketurunan Cina. Keturunan Emak saya rasa agak kompleks kerana terlalu banyak perkahwinan campur. Hasilnya, ramai di kalangan kami berkulit Cina, berwajah Malbari. :) Kakak adalah acuan keluarga sebelah Arwah Abah. Jadi, Kakak akan dilayan istimewa kalau berkumpul dengan keluarga Arwah Abah berbanding saya ( padahal saya jarang sertai keluarga Abah sebenarnya dek kerana tuntutan belajar dan bekerja, Hehe). Saya pula akan glamour bila berada dalam kalangan keluarga Emak. WaHaHa. 

Emak saya memang suka datang Melaka. Saya sangat berbesar hati sebab Emak masih mampu turun naik tangga di rumah saya yang berada di Tingkat 2 ni. Alhamdulillah, syukur Ya Allah. Keputusan untuk duduk sendiri tanpa housemate adalah kerana Emak dan keluarga selalu datang berziarah. Melaka ni segalanya ada kata Emak, jadi adik beradik lain yang bukan menetap di Melaka memang tak boleh complaint kalau rumah mereka Emak saya tak sudi. HaHaHa.

Kerana Kamu....segalanya kerana kamu...wahai Emak :)


No comments:

Post a Comment