Tuesday 11 February 2014

:: Skim Lambat Kaya ::

Muncul lagi? Iya. Pasti.
Ke mana hilang? Entah!masih di sini.

Alhamdulillah. Syukur pada-Mu Ya Allah.
Segala puji hanya untuk-Mu.

Menyimpul azam, melerai semangat
Menyulam impian, menghitung hari

Kotak cabaran daripada bahan terbuang. 

Tahun ini saya fokuskan pada kewangan. Tahun ini banyak pengorbanan kewangan yang dah berderet menanti dalam year-to-do-list.

Fokus bermula dengan Cabaran 52 Minggu ini. Kawan-kawan di office lebih mengenali cabaran ini dengan nama Skim Lambat Kaya, Bahagia Akhirnya. Skim ni ambil masa 52 minggu untuk tempoh matang. Kenapa 52 minggu? Jawapannya: setahun ada 52 minggu. Ok, cabarannya nampak mudah. Cuma perlu istiqamah.

Ini juga merupakan cabaran menabung sendiri dan berjadual. Hanya perlu mengisi kotak ini mengikut bilangan minggu yang dilalui. Lebih mudah buat senarai kecil dan tampalkan pada luar kotak. Tandakan pada bilangan minggu mengikut jumlah wang yang dimasukkan. Contohnya minggu 1, masukkan RM 1. Minggu 18, masukkan RM 18 dan seterusnya. Boleh juga masukkan wang ikut suka contohnya ada wang baki shopping RM 24, than masukkan RM 24 dan tandakan pada ruangan minggu 24. Pada minggu ke 52 nanti iaitu berakhir 31 Disember setiap tahun, wang terkumpul sebanyak RM 1378 ada dalam simpanan. Wang itu boleh digunakan atau disimpan.

Buat ramai-ramai lagi seronok. Saling ingat mengingati. Ada juga booster untuk bersosialisasi di pejabat. Saya pelajari dari seoarang kenalan yang mampu tour europe dalam tempoh 20 hari dengan modal wang yang rendah. Beliau buat cabaran ini bersama anak-anak juga. Kotak cabaran anak yang kurang daripada jumlah sepatutnya, maka anak itu akan terkecuali dari family trip. Teruja kan? Saya lah yang lebih teruja.

Mari sama-sama mencuba. Cabar diri anda untuk istiqamah. Perancangan yang baik jika tidak dilaksanakan dengan strategi yang baik dan kesungguhan, ianya akan berakhir dengan sia-sia. Fikir-fikirkan.

Love,
Aida

1 comment:

  1. Aida, saya pun buat cabaran ni juga dgn hubby, sama2 kita berjuang :)

    ReplyDelete